Skip to main content

Durian oooo Durian

Assalamualaikum

Agak-agaknya orang dah muak dengar buah durian ni....mana tak sejak sebulan dua ni semua pun post tentang makan buah durian. Aku juga yang ketinggalan. Bukan tak teringin, teringin gila. Feveret ni, sedap....tapi tak berkesempatan untuk meninjau gerai buah durian yang murah. 

Tapi akhirnya hari jumaat tu, hubby telefon aku di opis.....katanya dia ada beli buah durian 3 plastik besar daripada kawan sekerjanya yang ada dusun buah-buahan. Dipajaknya sekali buah belunu....murah seplastik besar, kawannya hanya jual RM3.00 
Durian pula, seplastik besar RM15.00. Hubby beli 3 plastik. Punyalah banyak, padahal yang makan hubby dan aku jak plus budak kecik Damia. Shumi dan Shamzi tak pandai makan 'raja buah' ni.
Kalau adiknya tu, bagi lah buah apa, semua pun masuk dalam mulutnya. 

Jadinya, sabtu dan ahad, pagi, tengahari, malam membedal durian jaklah kami. Sendawa pun bukan sendawa nasi, durian jak memanjang. Nasib baik aku dan hubby tak demam terkejut sebab makan durian terlalu banyak. Hari ni, masih ada tinggal beberapa biji lagi durian kat rumah tu. Nanti-nantilah ye durian.....giliran ko datang juga...kihkihkih



Comments

  1. MUrah bah durian di area sana Mia.. sini mahal gila... sesekali jk dpt makan ...
    opss! N3 ku pun ttg durian... :)

    ReplyDelete
  2. durian kat rumah tu aku dah selamat buat durian crepe dah semalam...hew hew hew...

    ReplyDelete
  3. Bestnya kalau ada dusun sndiri..kalo dibeli mahal..hukhuk

    ReplyDelete
  4. asya pon suka durian.. kdg beli sebijik utk dia.. sbb papa dia mmg xmkn lgsung durian..lya plok xleh mkn..jd sakit kepala..sedap tu mmg sedap

    ReplyDelete
  5. sedapnya durian ..aku hanya mampu tengok gambar jerlah mia....heheh

    ReplyDelete
  6. Bila dah banyak sangat boleh mabuk durian Mia hihi...
    Makan sedap tapi bila sendawa tak habis-habis baunya:)

    ReplyDelete
  7. murahnya kwn hubby tu jual durian..puas la makan mia sekeluarga
    sue pun hantu durian juga
    sedap sgt, buat pengat cicah dgn roti pun sedap juga

    ReplyDelete
  8. bah. murah gitu makan la banyak2 time ada ni, jangan dah takder baru nak meratap cari huhu.

    ReplyDelete
  9. Macam murah aje kalau RM15 henggit seplastik.... Dalam plastik tu mcm ada 5 biji jer tu....Kalaulah cenggitu mmg betul betul sendawa durian tu hehe....
    Bagus Damia tak memilih....belasah semua mcm Auntie hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang