Menang Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga - Mia - Memories of Mine

Latest

Tuesday, June 3, 2014

Menang Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat Dan Bertenaga

Assalamualaikum

Bulan Mei yang lalu, adalah join Giveaway Ephyra yang dianjurkan oleh blogger pemes kita si Mialiana tu. Saja jak nak cuba nasib, yalah mana tahu ada rezeki, dapat menang sekotak Ephyra. :)

Dan semalam, 2 Jun 2014, Mialiana telah mengumumkan senarai 30 pemenang yang bertuah. Ramai tau blogger yang join giveaway ni. Semua pantun yang dihantar pun hebat2 belaka. So peluang nak menang tu rasanya tipis sekali. 

Tapi bila ternampak komen dari Mialiana semalam, rasa berbunga2 hati. Alhamdulillah, rezeki aku kali ni.


Walaupun bukan pemenang 3 teratas, tapi tersenarai sebagai salah seorang daripada 30 pemenang tu dah cukup menggembirakan. Yalah siapa yang tak happy dapat sekotak Ephyra yang bernilai RM197 tu. Lagi2 aku sebenarnya berkira2 nak cuba produk yang dikatakan oleh ramai orang mengenai keberkesanannya. Sekali dapat free sekotak, memanglah sangat happy. :)

Nak tahu senarai penuh pemenang giveaway ni, korang boleh jak pegi ke sini

Rasa teruja pula menanti Fasa kedua giveaway ni. Hadiah yang ditawarkan dengarnya lebih menarik. :)




9 comments:

Komen seikhlas hati ... Thanks!