Skip to main content

Hijabi Flea Market

Assalamualaikum

Salam isnin. Aku masih mamai sebab 3 hari cuti kan, nak2 lagi semalam baru balik dari kampung. Rasa macam tak puas berada di kampung 2 hari tu. Anak2 pun cakap tak puas nak main2 dengan kazen, atuk dan opah. :) Tapi apakan daya cuti Uminya sangat limited. Lagipun minggu depan nak cuti lagi hehe

So akibat mamai keterlaluan hehe, aku kekurangan idea pulak hari ni :P. Jadi kongsikan sajalah apa yang dalam email aku ye. 

Ni khas untuk mereka2 yang gemar berhijabista. Aku kureeeng sikit nak berhijabista2 ni, fesyen baju ala kadar jak. Tudung pula main sarung jak. Janji selesa dan menutup aurat gitu :)
Tapi untuk mereka yang minat dengan acara sebegini, jemputlah hadir ke Hijabi Flea Market di Kompleks Kumpulan Media Karangkraft, Shah Alam, Selangor. 





Note : Banyak barangan boleh shopping sini, nak2 2 bulan lagi nak raya hehe. Tapi jauhlah pulak...hehe























Comments

  1. salam Mia...erm aku pun kureng sikit berhijabista ni.. kadang2 pelik jg tgk cara dorang bertudung...hehe.. betul tu, janji selesa & menutup aurat cukup lah kan...:)

    ReplyDelete
  2. suka tengok fesyen tudung orang tapi sendiri nak berfesyen tu tak la..
    tak pandai nak lilit bagai..
    ehh dah lepas la mia semalam..kalo tak boleh gak mencelah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah aku tak pandai nak lilit2 tu ..hehe

      Oppppsss dah exp rupanya ... ni lah klu auto publish punya entry (alasan padahal mamai tak cek date betul2 kihkihkih)

      Delete
  3. Dekat ngan rumah tapi sebab dh kertu malas nak berlilit bagai...jd..errrrrr....pegi tgk takde salah kut...hahahahahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasal2 terlilit leher...naya jak hehe

      Tak salah pegi tapi masalahnya event dah lepas kahkahkah

      Delete
  4. ini best lah nie tuk peminat hijab yg berfesyen tuh..kena penuh semua poket dl baru boleh dok lama2 dlm market tuh ..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Ummu ... kena penuhkan poket dulu br bole pegi tpt camni hehe

      Delete
  5. Tak silap kakak kat tv pun ada iklankan Mia.
    Tapi kakak tak ada plan pun utk pergi. Memang menarik kelihatannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ada ke kak ... tp event ni dah lepas pun :)

      Delete
  6. ALaaa...dah lepas lah noks. Aku tak reti nak berhijabista ni. Stakat pakai tudung simple2 blh lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah noks... aku guna tudung sarung terus jak hehe

      Delete
  7. hijabista ni apa eyh? ingt kan nama jubah ha3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mereka yg berhijab dan suka berfesyen...lebih kurang gitu lah hehe

      Delete
  8. Suka gak berhijabista ni.... ..tapi suka tengok je...nak pakai tak pandai...SI TLBD ckp ibu tak sesuai sebab dah ada anak...dlm erti kata lain dah tua kot yg dia maksudkan hehe...bertuah sungguh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang