Skip to main content

Resepi Pais Jagung

Assalamualaikum

Sudah beberapa kali aku ceritakan kuih kegemaran ku di blog ni kan. Selalu aku beli jak di pasar malam ataupun tunggu mak masakkan. Tapi oleh kerana aku dah teringin sangat nak makan kuih pais jagung ni, dengan gigihkan aku memasak hari ahad tu padahal simple jak pun nak masaknya.
Susah nak cari orang menjual kuih ni di KK. 

Aku rasa ramai yang nak tahu cara masak kuih pais jagung ni tapi tak ramai yang postkan resepi dan cara membuatnya. Tak tahu kenapa, mungkin sebab kuih ni hanya dikenali di Sabah. 





Senarai carian teratas di Google mengenai 'Resepi Pais Jagung'. Satu pun tidak bertepatan dengan apa yang dicari termasuklah entri aku mengenai Pesta Jagung di Kota Marudu tu. hehe


Kuih Pais Jagung yang aku masak ni kira dah di modified kan sedikit. Yang originalnya, kuih ni dikukus dalam kulit jagung tu. Yang aku punya main simpan jak dalam loyang kemudian kukus. 


Bentuk Kuih Pais Jagung lebih kurang camni tapi yang sebetulnya ada cara nak bungkuskan jagung tu dalam kulitnya tu. Gambar takda pula aku jumpa dalam en Google tu. Yang ni pun aku pinjam dari en Google. 

Bahan-Bahan 
Jagung (aku guna yang segera dalam tin...anggaran 2 tin gitu)
Gula 
Garam secukup rasa
Tepung Gandum (yang ori takda tepung, guna 100 peratus biji jagung yang diparut so tak perlu tambah tepung)






Cara-Cara Masak
Blendkan jagung dalam tin tu dengan gula. Gula korang sendiri punya test sebab jagung dalam tin tu kan dah manis. Blend jangan terlalu hancur sebab biar terasa biji2 jagung tu sikit. Tuangkan jagung tadi ke dalam loyang dan tambah sedikit tepung agar tidak terlalu lembik bila ianya dikukus nanti. Kemudian bolehlah dikukus lebih kurang 45 minit ke sejam gitu. Ni ikut kuantitinya lah ye. Kalau banyak, lambatlah sikit masaknya.



Tada.......biarkan sejuk sebelum dimakan. Walaupun rupanya agak hodoh sedikit sebab tak bungkus dalam kulit jagung tu, tapi rasanya tetap sama....sedap kata anak2 aku lah...hubby cakap pun boleh tahan. Kuih dah pun abis dimakan untuk minum petang hari tu juga...hehehe




Note : Aku tetap suka yang dibungkus dalam kulit jagung tu. Resepi asal sebenarnya hanya menggunakan jagung parut, sedikit garam dan gula. Ada juga yang menggunakan santan tapi bagi aku yang original lebih sedap......:D





Comments

  1. 1st time tgok. ni..

    tgok resipi mcm mudah je.. x bnyak bahan ni..boleh try ni..

    jagung mesti sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni feveret org Sabah ni PB....cubalah...mmg sedap :)

      Delete
  2. Rumah kakak sekarang ni pun sedang banyak jagung sebab baru ambil dari kampung. Tapi tak pernah buatlah Mia. Kalau nak kulit jagung memang banyaklah sebab setiap kali nak rebus kakak buang kulitnya aje dah penuh tong sampah dapur rumah...

    Lain kali kakak cuba resepi Mia ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak cubalah...yg ori. Parut jagung, letak gula dan garan sedikit. Bungkus dlm kulit jagung dan kukus. Sedap. ;)

      Delete
  3. pestime dengar kuih ni mia..lebih kurang cam lepat pisang jugak kan..
    bahan pon tak banyak guna..
    selalu jagung dok wat puding..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih kuranglah sama dgn lepat. Senang nak buat dan sedap :)

      Delete
  4. sedapppnya ... tsliur trus .... heheh

    ReplyDelete
  5. wahhhh......perkongsian resepi yg bagus nie..

    ReplyDelete
  6. aduhhh..sedappnya Mia pais jagung ni..sllu mama juga yg masak kan,klu ndak pun beli...hehe...sedap klu ada letak gula merah & bungkus di daun jagung kan...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah bah atiey....mmg mantaplah klu letak gula merah lagi....hehe

      Delete
  7. ini bisa dibikin ni hehehe, macam ala2 lepat jagung la jadinya nya kan kalau buat gini, cannot imagine yang ori punya, mesti mabeles kaw kaw.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bikin jangan nda bikin Nas.....yang ori mmg terbaeek...:D

      Delete
  8. xpernah rasa pais jagung nie..

    ReplyDelete
  9. Nampak sedapppp....tp syg sy xmkn jagung

    ReplyDelete
  10. fevret cik...tapi x pandai buat,cik suka beli jak..hahahaa...
    in shaa Allah..mau try buat nanti..

    ReplyDelete
  11. asal namanya pais mmg suka sy mkn Mia..tp tu la pdi jak mkn tp buat ndak pdi..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang