Skip to main content

Keranamu chocolate moist

Assalamualaikum

Shumi 2 3 hari ni macam gaya orang mengidam jak.Awal pagi dah suruh aku beli kek coklat.Aku bukannya tak bagi, tapi makanan tu tak mengenyangkan kalau dimakan sebagai brekpes sebelum belajar. Dah lah dia satu hari di sekolah. Satu hal lagi bila makan mesti comot. Tahu lah kalau budak dah makan kek mesti comot sana sini...abislah baju sekolah yang putih itu, budak lelaki bukannya pandai nak
lap tisu bagai cam budak pompuan...huhu plus harga kek ni mahal. RM5.50 sebekas kecil.
 
Tapi Shumi cam tak putus asa.
Semalam dia minta lagi kek tu. Ni kali dia sanggup tak suruh aku belikan dia brekpes awal pagi tu.Duit brekpes tu bagi kat dia 2 ringgit. Jadi katanya dia dah ada 3 ringgit duit sekolah petang, campur dengan duit 2 ringgit tu, dah cukup untuk beli kek coklat tu. Nampak tu kesungguhan Shumi nak beli kek tu, sampai sanggup guna duit belanja untuk sekolah petang dia. 

Rasa cam sayu pula melihat kesungguhan Shumi. padahal baru minggu lalu pun babanya beli kek tu untuk dia...huhu
Tapi hati ibu kan.....senang cair bila lihat kesungguhan anak nak dapatkan sesuatu....Ok lah Shumi, nanti Umi beli....terus tersenyum lebar Shumi. 

So belikan lah Shumi kek tu, aku beli 2 sebab nak test juga rasa kek tu yang membuatkan Shumi tergila-gilakannya.


Chocolate Cake Moist yang menjadi kegilaan si Shumi tu. Actually aku bukannya penggemar tegar kek coklat, aku lebih kepada Vanilla person gitu...hehe Tapi bila test kek ni semalam, patutlah Shumi berulang kali suruh aku beli, sedap gilerrrr.......tapi tak boleh diamalkan selalu ye tuan-tuan dan puan-puan, nanti semakin membesar pula 'tayar' kat perut tu kihkihkih :D




Comments

  1. Mmg feveret shumi mkn kek coklat eh..sya plak lebih duka mkn kek buah2 ni..kek coklat pun mmg kurang mkn..sama mcm kak mia :)

    ReplyDelete
  2. Salam Mia..
    ini yang jenama coklat Anis ni kan...kami pun suka..mmg femes kek coklat ni skrg...suka shumi kan...:)

    ReplyDelete
  3. ahhhh mmg sedap kek choc moist ni! samalah, vna pun "vanilla person" tapi sejak merasa kek choc moist, dah tersuke pulak dgn chocolate flavour hihihiii my Syakirah pun suke bangat kek ni! balik nie nak belikan dialah... :)

    ReplyDelete
  4. Wah tercapai gak hasrat shumi yer..nampak mewah sgt tuh ngan coklatnya..mmg senang besar tayar kan mia kalau kerap sgt...hhehe

    ReplyDelete
  5. Dah rasa baru tahu ye Mia kenapa sampai sanggup Shumi menabung hanya kerana nakkan coklate cake yg mengoda:)

    ReplyDelete
  6. bukan setakat shumi, aunty pun suka ni...

    ReplyDelete
  7. ini betul2 punya moist ni! hahaha

    ReplyDelete
  8. Jangan katakana budak2 jer suka kek nie.. Farah yg pun suka jugak... =D

    ReplyDelete
  9. tengok macam tu jak pun dah terleleh cik ne...hihihihi

    ReplyDelete
  10. ni la penybb tyr d perut mbesar Mia..sy mrupakn penggemar kek cekelat..terliur bah tengo pic tu hehehe..hadoii

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang