Skip to main content

Beringgis Beach Resort

Assalamualaikum
 
Nak cerita tentang percutian singkat aku dan family kat Beringgis Beach Resort, Kinarut. Check in 29 Mac tu, dari kampung, singgah rumah kejap, kemudian rush terus ke resort. Tak jauh pun, lebih kurang 45 minit atau sejam ke sana, tengok keadaan jalan raya masa tu sesak ke tidak.
 
 
Ni wajah kanak-kanak riang. Shumi dan Shamzi masa breakfast hari tu. Damia sangat fanatik dengan jus oren tu, minum tak ingat orang sekeliling, abis melekap gelas tu kat muka :p

 
 
Swimming pool dan pemandangan dari atas lobby resort. Tak banyak gambar pemandangan resort aku snap sebab tak sempat. Jadual padat gitu...hehe

 
 
Dalam bilik hotel. Keadaan bilik semuanya ok. Yang penting bagi aku bersih. Katil tu sebenarnya nak ambik yang king size tapi dah full book. Dapat yang twin sharing pun jadilah. :D Harga bilik yang camni semalam RM 255.00. Kalau yang ada bath tub dalam bilik, harga semalam dalam RM 350.00.
 
 
Note : Ada banyak pilihan resort di sekitar Kinarut ni. Google jak Sabah Tourism dan cari resort di daerah Kinarut/Papar. (^_^)
 
 
 
 
 

Comments

  1. Nampak selesa jer hotelnya ..sekitar pun cam tenang & aman jer..:)

    ReplyDelete
  2. Kakak tak pernah sampai Sabah lagi Mia. Nanti kalau kakak pegi kakak contact Mia hihi... (berangan dululah ni)

    ReplyDelete
  3. ok nanti aku sampai sana ko mesti bawak aku jalan2 dengan Ash yerk babe?

    ReplyDelete
  4. banyak tempat kat sabah yang daku x jejak lagi....jadi tour guide aku bleh x?

    ReplyDelete
  5. Cantik jugak resort ni yer...bila lah nak sampai Sabah nih...
    Btw...Mia dh big girl..pantas sungguh masa berlalu..huhuhuhu

    ReplyDelete
  6. Pantainya cantik tak?

    Saya plan nak ke KK la hujung bulan 4 ni..ambik cuti 5 hari...selain KK & Kundasang, apa lagi yg boleh saya lawat ye? ada tak awak buat entry2 pasal sekitar KK sebelum ni? :P

    ReplyDelete
  7. CN mmg suka sabah, tak sabar nak bercuti ke sana lagi ;)

    ReplyDelete
  8. salam..

    saya pun sudah beberapa kali menginap di beringgis beach resort..tempatnya cantik dan menarik kan..

    ReplyDelete
  9. Ada pantai ke Mia......
    Tengok mcm cantik jugak tempatnya tu...

    ReplyDelete
  10. nampak cantik n nyaman jer...bes la mia...pergi cuti2

    ReplyDelete
  11. best nya...cuti2 malaysiaaa....
    yang penting bersih kan kak mia..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a