Assalamualaikum
Image from Google |
Filem ni dah lama ditayangkan di pawagam. Januari tahun lalu. Tapi aku baru tonton filem ni melalui saluran HBO HD sabtu tu. Maklumlah dah tak pernah pegi wayang lagi selepas beranak pinak ni. So tunggu tayangan kat tv, tak pun beli vcd nya je.
Napa aku tetiba review filem ni? sebab bagi aku cerita ni menyentuh naluri ibu walaupun pada masa yang sama agak seram. Penamat cerita ni agak sedih tau, cam nak nanges pun ada. Yang dah tengok filem ni akan faham apa yang aku maksudkan, bagi mereka yang belum tonton, cepat2 cari vcdnya.
Sinopsis
Selepas membunuh rakan kongsinya dan isterinya, Jeffrey membawa lari dua orang anak perempuannya yang masih kecil lagi. Dalam perjalanan kereta yang dipandu Jeffrey kemalangan dan terjunam ke dalam gaung. Jeffrey dan anak-anaknya terselamat tetapi mereka masuk ke dalam hutan pulak. Kemudian terjumpa sebuah kabin yang usang yang tidak berpenghuni.
Dalam kabin ni, Jeffrey dibunuh oleh makhluk misteri (roh) semasa cubaannya untuk membunuh anaknya. Mayatnya hilang secara misteri. Dua orang anaknya yang masih kecil dan belum memahami apa2, tinggal di kabin itu selama 5 tahun hinggalah dijumpai kembali atas usaha mencari yang dilakukan oleh bapa saudaranya Lucas yang tidak henti2.
Keadaan Victoria dan Lily pada masa dijumpai agak menyedihkan. Kedua2nya sangat kurus dan berperangai seperti haiwan kerana hidup bersendirian dan tidak ada makanan. Lucas dan teman wanitanya Annabelle mengambil keputusan untuk menjaga kedua2 anak saudaranya itu.
Semasa di bawah jagaan Lucas dan Annabelle kisah seram ini bermula. Victoria dan Lily selalu memanggil nama 'MAMA'. Siapa kah Mama?? Siapa yang menjaga mereka selama 5 tahun di kabin tu??
Filem ni memang bergenre seram tapi aku nangis bila tengok penamatnya.
Filem ni memang bergenre seram tapi aku nangis bila tengok penamatnya.
Aku bagi 8/10 untuk filem ni sebab kisahnya yang menarik :D
Note : Sudah masuk hari yang ke-6. Belum ada sebarang petunjuk lagi di mana beradanya kapal MH370. Semoga hari ini ada berita baik yang akan kita terima. Semoga semua urusan di permudahkan olehNya.....
mcm menarik je.. kena cari ni..
ReplyDeletedownload dulu la cerita ni..hehhe
ReplyDeleteMCm best jer.
ReplyDeleteBelum pernah nonton filem ni Mia... macam best jugak kan...nanti lah cari2,boleh tgk dgn Pa'e...hehe
ReplyDeletemoga ada petunjuk baru ttg MH370 hari ini :(
mlm tadi tertgk sikit..tapi takut...hehe..nak kene tgk siang la..
ReplyDeleteaku baru tgk citer non stop. aduh... terbayang cemala keadaan cemas mh370. kau patut tgk citer ni beb... citer ni dah kuar b4 tragedi mh370. masih ada diwayang, takpe... kau tunggu astro first tau...
ReplyDeletecik dah tengok ne...kesian kan anak nya kak mia...
ReplyDeletemcm menarik jer cter ni... tp psl ada nangis, xmo la... hati tisu, nnt nanges bengkak2 mata pulok...
ReplyDeleteOh... kakak pernah tonton tapi rasanya di tv S'pore channel 5.
ReplyDeleteWala seram tapi menyentuh hati kita Mia....
BACA REVIEW NI,TERUS RS NAK TENGOK..NAK CARI DVD LAH LEPAS NI..TENGOK WAKTU SIANG TAKLAH TAKUT SANGAT..HIKHIK
ReplyDeleteboleh download tak cerita ni ? hehe
ReplyDeleteBaca review mia nie mcm menarik jer ceritanya..tambah2 kesah berkaitan ngan mak kan...
ReplyDeleteSELALU TERLEPAS PANDANG
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!