Pasar Malam punya cerita

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Salam isnin semua.......no more monday bluesss ye, tak baik. hehe

Hujung minggu stay di rumah je. Rehat2 katanya, minggu lepas dah balik kampung kan so minggu ni lepak dekat rumah je.

Petang semalam tu keluar sekejap, plan nak beli barang dapur sikit dan isikan minyak keta untuk seminggu aku jenis malas nak singgah stesen minyak selalu.
Lepas settle semua, Hubby ajak singgah di pasar malam sekejap. Katanya nak beli kuih dan pisang goreng.

Sampai kat pasar malam, terus ke gerai kuih dan belilah apa yang diinginkan. Tapi kan aku paling tak suka pegi pasar malam. Selalu kata nak beli itu je lah, tapi sampai sini, kaki dan mula melangkah sendiri meninjau2 gerai yang lain....huhu

Dan terbelilah makanan-makanan yang bukan ada dalam senarai awal. Dari pisang goreng, beli mee goreng, beli ayam goreng, beli ayam penyet dan terbeli seekor ikan keli goreng yang  'comel' je saiz dia....:p



Ayam penyet ni memang sedap tapi tak abiss makan. Simpan dalam esbok boleh makan hari ni...hehe sayang membazirr....



Suasana pasar malam. Ni je lah yang sempat aku snap.




Ikan Keli goreng yang saiz extra SS. Punyalah kecik, harga RM3.00 seekor. Nasib baik sedap.



Ok lah tu je ceritanya. Sambung keja. TaTa!

10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Sedapnya ayam penyet tuh..mmglah kalau kita gie psr mlm boleh jd rambang mata gitu..:)

    ReplyDelete
  2. lama nya SB tak gi pasar malam..ikan keli tu comey la..hihi

    ReplyDelete
  3. Makanan di pasar malam pun dah tak murah lagi...

    ReplyDelete
  4. itu la pasar malam, mcm2 yg xde dlm list slalu terbeli he3

    ReplyDelete
  5. Siapa pun kalau dah jejak pasar malam rambang mata Mia. Apa lagi kalau pergi perut tenah lapar, memang banyaklah yg dibeli.

    ReplyDelete
  6. samalah. kalau g pasar malam nampak barang yang dibeli tak seberapa bila dikira2 mak aihhh..

    ReplyDelete
  7. Memang Mia....pompuan kalau tak beli extravaganza mmg tak sah hehe....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post