Skip to main content

Sarapan sepanjang zaman # 1

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Nak share kan antara brekpes feveret aku masa budak2 dulu hinggalah sekarang ni... sebab tu aku bubuh tajuk sarapan sepanjang zaman

Kalau yang duduk kat kampung masa budak2 dulu mesti tahu makanan ni...
Jeng jeng jeng......sapa yang tak kenal dengan ubi kayu rebus kan. Makan pula dengan kelapa parut ataupun ikan masin.....perggghh meleleh air liur bila terbayang2 kan.

Dulu masa zaman budak, kat sekeliling rumah kami tu, mak banyak tanam pokok ubi kayu ni. Masa tu kena rajin bercucuk tanam sebab bapa bukanlah seorang yang bergaji besar, cukup-cukup makan jak untuk kami sekeluarga. Jadi kalau ada tanaman sendiri, jimatlah sikit tak payah beli di pasar kan.

Aku dan adik beradik yang lain paling suka bila mak buat sarapan ubi rebus tiap pagi. Memang best makan ubi kayu rebus ni panas2, nak2 lagi dengan ikan masin dan kelapa parut. Selalu orang akan potong2 bujur gitu jak ubi
kayu ni dan terus makan bila dah masak. Tapi mak tak buat camtu. Ubi kayu yang direbus dan masak, mak akan lenyek2kan dicampur dengan gula dan kelapa parut sekali. Di tabur dengan garam sedikit.

Sedap makan camni, walaupun terpaksa guna sudu sebab dah dilenyekkan. Tambah2 lagi makan sambil minum kopi.....kopi?? yalah dulu zaman budak aku mana lah mampu nak beli susu ataupun milo. So minuman brekpes kami hari2 adalah kopi panas. 
Kami adik beradik namakan resepi ni ubi getuk .....
Getuk tu maknanya ketuk lah, sebab mak akan ketuk ubi tu sampai penyek guna kayu bujur. Dahulu mana ada alat untuk lenyek-lenyekkan ubi tu kan.

Kami adik beradik pula kalau boleh nak request mak masakkan ubi getuk tu hari2. Tapi manalah mak layan kan. Sesekali kena tukar selera juga....hehe

Sekarang ni susah sikit nak dapatkan ubi kayu ni. Kalau mak tanam pun, tak banyak yang menjadi. Agaknya tanah sekarang tak subur seperti zaman dulu2.
Kalau beli di pasar pula, jarang nampak ubi kayu dijual, kalau adapun mesti ubinya kurus jak, tak macam dulu, gebus-gebus belaka.
Sekali sekala, mak akan masak bila kami balik ke kampung. Terubat juga rindu nak makan ubi kayu getuk ni, sarapan sepanjang zaman aku. :p





Note : sengaja tak nak letak gambar ubi kayu, korang bayangkan saja sepinggan ubi kayu rebus yang masih panas, di tabur dengan kelapa parut, tepi pinggan tu pulak ada sepotong ikan masin goreng.......amacam dapat bayangkan.....hehe




Comments

  1. Mia, Ubi getuk ni mmg femes masa OKje kecik2 tau.... sama je panggilnya yeh...sedapkan ! Sekarang nak makan, rebus je malas nak bergetuk2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sangka pula, selain kami ada juga yang panggil ubi getuk ye....tapi memang sedap kan okje..

      Delete
  2. Hee... samalah dgn keluarga kakak pun sebut getuk ubi
    Kalau tempat kakak sekarang ni pun ada jual di pasar malam tapi dia dah bulat-bulatkan Mia tak potong macam masa kita kecik. Seringgit dua kepal tangan kita ni...

    Anak kakak tapi tak pandai makan dia tak tahu nikmatnya:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya mmg resepi tu namanya ubi getuk kan kak sebab okje pun sama....Anak2 sekarang mmg tak tahu nikmat makanan dulu2 kan...:D

      Delete
  3. nyum! suka bah makan ubi rebus Mia.. kecil2 dulu sllu juga kami makan masa sarapan.. aduii mmg sedap makan dgn ikan masin & minum kopi..isk! lama sdh ndak makan tu..terbayang2 sdh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap kan atiey...makan masa hujan2 sambil minum kopi, nyaman orang bilang...hehe

      Delete
  4. memang sedaap mia..pastu pekena ayaq kopi..kecik2 dulu mmg intan pon suka makan ni...mak rebus kosong..pastu parut kelapa..dalam kelapa tu x silap mak gaul sikit gula dgn garam..perghhhh sedappppp...ini zaman la n kalau menu n masuk hotel mau mahal gila depa caj kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu....sekarang ni susah nak cari ubi kayu rebus, klu ada pun mesti dorg caj mahal bukan cam dulu makan free saja...hehe

      Delete
  5. Hiii...memori zaman dulu2 kan..kalau musim hujan lglah suka mkn ubi kayu..
    getuk ubi tuh yg goreng pun orng panggil gitu jgk kan mia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang memori ni.....nak2 kalau hari hujan memang best makan ubi kayu rebus panas2 sambil minum kopi....
      Tak pasti pulak ummu....kat tempat kami getuk ubi tu utk ubi rebus jak...:D

      Delete
  6. Uhhh sedap di mkn bersama sambal ikan bilis!

    ReplyDelete
  7. Tetiba cam nk cari plak ubi kayu nih.mmg lama sgt tak mkn...

    ReplyDelete
  8. Terbayang ubi kayu dgn ikan bilis, sedapnya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang