Skip to main content

Naik 5 Ringgit !!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Jangan terkejut dengan tajuk di atas......tapi kalau sesiapa yang opisnya sama tempat dengan aku, boleh tensen sebenarnya......
Harga minyak naik 20 sen, aku tak berapa tersentap sebab siapalah kita kan nak kawal2 harga minyak tu semua. Paling abis pun budget minyak keta aku sebulan naik dalam RM50.00 gitu.
Sebelum ni budget minyak dalam RM160.00 sebulan so naik ke RM 200.00 gitu.
Aku kira masih mampu........redha saja lah.....

TAPI !!!! semalam pihak pengurusan kawasan kat opis aku ni dah edarkan memo, bayaran parking akan berubah. Kalau sebelum ni, sehari aku cuma bayar RM2.00 jak, tetapi bermula 1 Oktober ni, setiap 3 jam yang pertama dorang akan caj RM 2.00 dan seringgit setiap sejam yang berikutnya....Yang kami ni kerja opis hour kan, sah2 memang sehari. Sehari pula dorang kenakan bayaran RM 7.00 !!
Tak ke tensen tu......daripada RM 2.00 ke RM 7.00.....kalau sebelum ni budget untuk parking aku sebulan cuma RM 40.00. Tapi selepas kenaikan tu, budget untuk parking sahaja untuk sebulan bertambah ke RM 140.00 !!!!!
Naik berkali-kali ganda tu.......

Satu opis bising semalam pasal kenaikan caj parking tu.....nak buat keja pun dah takda mood, kalau naik 1 atau 2 ringgit tu rasanya kami boleh terima tapi ni naik lima ringgit !! cekik darah ke apa pihak pengurusan tu.

Terus kononnya nak cari jalan penyelesaian......tak mo drive ke tempat keja tapi masalahnya hubby punya tempat keja nun menuju utara, aku punya tempat keja menuju selatan. Tak sama jalan katanya....huhu
Aku bagitahu kat hubby cadangan tu, hubby cakap boleh juga tapi kesian kat anak2 sebab kena bangun terlalu awal dari kebiasaannya....hmmmmmm
Nampaknya kena pikir lagi cara lain. Nak mengeluh dan marah-marah pasal parking tu takda gunanya kan.

Harap-harap pemilik atau penyewa kat tempat ni ambil tindakan dengan membuat permohonan untuk turunkan caj parking tu.


Ok lah nak sambung keja walaupun tak berapa nak ada moodnya. 
Oh ya hari ni last raya, 29 syawal.... Selamat Hari Raya !!



Comments

  1. Melampau betul kan naik berganda2..apa lak kaitan minyak ngan parking yg dorang naikkan sewa..hmmm sian mia, harap mslh ni tak berpanjangan..

    ReplyDelete
  2. woo.... mmg melampau! korang semua pakat buat sepanduk le. hehehe... maner boleh camtu... giler naik mendadak kot

    nasib baik le parking opis kami free utk staff. alhamdulillah

    eh, hari ni last raya eh? habes dah syawal

    ReplyDelete
  3. Paking kat sini pun mahal jugak. Nasib la hubby sanggup nak hantar nak jemput. Sehari paking kat sini lebih kurang rm40.

    ReplyDelete
  4. pergghhh..gila naik.. ndakda kena mengena pun parking dgn minyak.. Ini lah yg ndak best ni bila org asyik ambil kesempatan...isk!

    ReplyDelete
  5. Satu yg kakak nampak juga Mia tidak ada pihak berkuasa yg mengawal kenaikan harga parking bagai ini.
    Memang tak patut!!

    ReplyDelete
  6. wah...ni menindas namanya.Kesiannya

    ReplyDelete
  7. memang naik mendadak nih sampai 5 hengget

    ReplyDelete
  8. its called domino efffect..when petrol price increasing, other commodity price will increase too...just a matter of time. Selamat Hari Raya..jemput la ke blog saya :)

    ReplyDelete
  9. Harus la sentap kalau mendadaknaik tiba2. Itu la payahnya especially Sabah sana public transport sangat tak boleh diharap. Nak tak nak terpaksa drive.

    ReplyDelete
  10. Memanag tak patut. Kena lapor kat pihak berwajib. Kasihan la jika macam ni. Barang Naik..huhuhu.

    ReplyDelete
  11. Ambik kesempatanlah tu Mia...Padahal tak de kaitan pun kan parking keta dengan minyak...

    ReplyDelete
  12. Melampau lah tu kan. Minyak naik, parking pon nak naik. Ada kena mengena ker.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Oriental Treasures, A Mid-Autumn Delicacy

Hilton hotels in Malaysia launched its national mooncake series, Oriental Treasures, with an enticing array of traditional baked varieties of classic and modern flavours - a celebration of culinary craftsmanship, fine quality and exquisite flavours. To top it as a festive centrepiece, this year’s national mooncake box design pays homage to the core of Chinese heritage.  Embellished in imperial red, the premium square box features a noble pair of red-crowned cranes amongst sacred clouds. Characteristically celestial, the golden full moon illuminates the scene, much like the celebrated baked mooncakes during Mid-Autumn festivities. The ornate die-cut window pane, inspired by the moon windows of Oriental architecture, offers a peek to the individual matte-finishing gold and red receptacles housing its respective mooncakes. As reunions and rituals take a different form this year, the mooncakes serve as a reminder to go back to basics. Eugene Oelofse, National Marketing Communications Direc