Mengidam

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Baru-baru ni opis mate aku yang preggy 1 bulan lebih tu, asyik cakap nak makan nasi lemak jak....so kami dengan simplenya cakap kat dia, pegi jak beli nasi lemak kat restoran tu, hari-hari pun ada jual..
Setakat nasi lemak, hampir semua tempat pun ada jual, mudah jak nak carikan untuk pompuan preggy yang mengidam ni.
Tapi kan opis mate aku ni tak mo nasi lemak yang jual2 kat restoran atau gerai2 tu, anak yang dikandungnya tu ada test yang tinggi, tinggi melangit ko, di awan biru....
Dia nak makan nasi lemak Pak Naseer rupanya, alahh nasi lemak yang jual kat kapal Air Asia tu, yang nasi dia sikit jak, ayam seketul, sambal secuit tapi mahal giler....huhu
Kesian pula tengo opis mate aku ni, katanya dah terbayang2 dan tercium2 bau nasi lemak Pak Naseer tu. Dah suruh dia cari ada outlet ke apa yang jual nasi lemak ni tapi sayangnya menu tu khas untuk Air Asia flight je...melelehlah air liur anak dia nanti kempunan tak dapat makan nasi lemak tu...
Ya lah takkan lah pulak nak suruh dia, book tiket semata-mata nak beli nasi lemak Pak Naseer kan.
Sian para ibu-ibu yang mengidam tapi tak kesampaian nak makan ni kan....

Aku ?? dah 4 kali preggy (4 kali ???? yee, 3 jak yang berjaya, yang satu lagi gugur masa kandungan masuk sebulan lebih) memang konpem ada pengalaman mengidam ni. Tapi taklah pulak mengidam benda yang pelik-pelik atau yang tinggi melangit cam opis mate aku tu.

1st pregnen, Shumi. Mengidam nak minum jus markisa yang dalam kotak tu tapi tahun 2006 tu amatlah payah nak cari minuman buah ni, kat kedai pun takde jual. Hubby punyalah bersusah payah tanya dengan kengkawan mana nak dapatkan buah ni. Akhirnya berjaya juga dapatkan 3 biji buah markisa, minta kat orang kampung. Walaupun sebenarnya aku teringin nak minum jus yang dalam kotak tu, tapi mengenangkan usaha hubby aku tu, makan jugalah buah markisa yang separuh masak tu.
Sebulan sebelum due bersalin Shumi, teringin sangat nak makan jagung rebus yang jual kat Pantai Tanjung Aru. Ni kali konpem dapat makan sebab semua gerai kat sana ada jual jagung rebus. So dengan perut yang boyot, pegilah ke Tanjung Aru bersama hubby sambil terbayangkan jagung rebus yang masih panas........TAPI kan sesampai di sana, semua gerai tak jual jagung rebus seperti kebiasaannya....macam tak logik langsung. huhu, tanya tuan gerai, hari tu stok jagung langsung takda, semua pun kehabisan....arggghhhh cam nak jerit saja kat situ. Hubby suruh beli jagung yang dalam gelas tu. Aku memang takmo sebab memang kepingin sangat nak makan jagung rebus masa tu. Takpa aku pikir positif, esok boleh datang balik sebab gerai kat Tanjung Aru ni buka hari2. Esok mesti stok dah sampai...sempat lagi ni makan jagung rebus sebab due bersalin bulan depan.
TAPI kan.....ada tapi lagi.....malamnya dah pecah air ketuban, dan esoknya dah selamat bersalin walaupun ada sebulan lagi due. Shumi tak sabar keluar tengo dunia.....alamatnya memang kempunan nak makan jagung rebus...

2nd pegnen, Shamzi. Time pegnen si Shamzi, aku tak banyak pulak nak teringin makan itu ini. Mungkin masa ni aku sangat2 berdikari sebab hubby tak tinggal sama2 dengan aku sepanjang aku mengandungkan Shamzi. Hubby dapat offer KPLI waktu ni dan terpaksa berkursus selama setahun di Maktab Tawau. Selera makan mungkin berkurangan disebabkan kerinduan melampau kat hubby...ahaks ;p
Yang aku ingat ada juga teringin nak makan bubur ubi manis masakan mak tapi keinginan tu tak lah sekuat macam Shumi hari tu. Keinginan yang membuak2 kata orang...hehe
Memang rasanya masa pegnen Shamzi, mengidam2 ni memang takda. Asyik termenung jak sorang2 kat bilik. Shumi sajalah peneman masa tu tapi bila dah dekat2 due tu, mak bawa balik Shumi kat kampung sebab takut aku tak terurus dia kalau terbersalin. Tinggallah aku sorang2 di KK tunggu nak bersalin...huhu masa bersalin pun aku sorang2 tau. Hubby langsung tak boleh balik KK masa tu sebab sedang dalam latihan amali. Nasib baik adik ipar tolong hantar pegi hospital. Tengo betapa berdikarinya aku masa pregnen Shamzi. dan alhamdulillah masa pegnen Shamzi, aku memang tak banyak menghadapi masalah atau sakit. Nak keluarkan Shamzi pun sekejap saja sakitnya. Sampaikan ibu2 mengandung yang sebilik dengan aku di hospital pun heran, masuk labor room tak sampai sejam, keluar-keluar dah bawa baby...hehe

Baby girl, Damia. Masa pregnenkan Damia, takda pulak mengidam-idam makan ni. Tapi time ni apa saja makanan di depan mata sure aku mesti ngap sampai abiss. Aku sangatlah kuat makan masa ni. Semua makanan terasa sedap terutamanya mee goreng dan benda yang manis2. Nasib baik berat aku tak naik mendadak, tapi kan timbul masalah lain pulak. Aku kena GDM aka Gestational Diabetes Melitus, ambik ko, bahasa perubatan....hehe aku kena kencing manis semasa mengandung, padan muka aku kan, gelojoh sangat.
Dan rawatannya adalah diet. Kalau tak mo kena cucuk insulin, terpaksa kawal makanan semasa preggy tu. Punyalah seksa ko mengawal makanan masa  pregnen sebab semua benda pun nampak sedap dan menyelerakan. Tapi demi kesihatan baby, terpaksa ikut sajalah...huhu
Alhamdulillah, masa bersalin semuanya ok sahaja dan baby sihat. Tapi sehari sebelum bersalin Damia kan, aku melahap makanan cam tak makan setahun...hehe, pagi makan nasi campurlah, Mcd lah...malamnya makan Pizza, pastu sebelum tidur sempat lagi melantak durian.....sekali subuhnya air ketuban pecah dan jam 7.00 pagi, Damia pun lahir ke dunia....(^_^)


Panjang pulak cite aku pagi-pagi ni....korang janganlah pula menguap2 bila baca post ni ye.....;p


28 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Kalau dah nama mengidam masa mengandung payah nak kikis Mia. Kesian juga dgn kawan Mia tu.. kena cari stewaders AA mana tahu boleh bantu...

    Kadang memang susah dpt bila mengidam macam nak dapatkan jagung tu. Kalau tak banyak bila nak tak ada kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a kak pompuan mengandung dan mengidam mmg x dpt dipisahkan....

      Delete
  2. yati pun alami jugak camtu, ms pregnant yang ke3 ni banyak sket cekadaknya... nak makan tu la, nak makan ni lah...cuma kuih koci tak jumpa kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time ngandung klu kita nak mkn sesuatu mesti susah nak dpt padahal klu hari biasa2 mmg berlambak benda tu...huhu

      Delete
  3. setiap ank berbezakan pengalaman mengandungkan diorg

    ReplyDelete
  4. best jugak baca entry mengidam sampai ke langit ni..hihi..lain anak,lain yang diidamkan.apapon layan je lah tekak masa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul layankan ja lah tekak masa mengidam tu. anak yg nak makan...hehehe

      Delete
  5. Time diet lg teruk mengidam heheheehe...

    ReplyDelete
  6. baca part peknen Shamzi tu, tacing lak rasa hati ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku ingat masa tu pun aku sedih tau....isk isk isk

      Delete
  7. hehe..mcm2 yg kita idamkan masa mengandung kan Mia..nasib baik tercapai jg hajat mo makan tu..
    masa mengandungkan Pa'e mula2 aku mo makan kerang rebus..1 LD pusing cari kerang...haha..pastu mo makan Ikan Keli..sini kn susah cari, last2 mertua dtg jln2 dr Melaka br dpt merasa..:)

    ReplyDelete
  8. KA tiga2 pregnancy xde mengidam apa2 pun, jadi kurang selera makan lah pulak hehehe

    ReplyDelete
  9. Interesting, 3 orang anak lain2 pengalaman u kan. Tapi mmg lawak la part jagung rebus tu, tetiba jer that day stok habis kan..alahai. I myself masa pregnant si JJ dulu pun tak der mengidam apa langsung, rileks jer macam tak pregnant rasanya, mungkin jugak sebab I sorang2 masa tu kan, tuhan permudahkan urusan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu lah tu nas.... adakah jagung boleh takda stok masa tu.....tak pernah jd tetiba masa nak makan boleh abisss...x logik langsung..huhu

      Delete
  10. mak aihhh sungguh2 tinggi tuuh

    aduhh suh dia jilat tapak tangan .. minta dijauhkan bb ngidam sampai kuar nanti

    ReplyDelete
  11. alahai sian plak ngidam nasi lemak Pak Naseer..tapi nasi lemak pak Naseer memang sedap..macam2 pengalaman mengandungkan...pengalaman yg sgt berharga.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...pengalaman yg x boleh dpt dimana2 :-)

      Delete
  12. Biasalah ....kadang2 tu org mengandung ni mcm mengada2 mintak macam macam hehe....okje adalah jugak mengidam kot nak sama naik, yg dia tu pun mengandung jugak hehe...

    Tapi yg pelik sikit masa pregg TLBD makan beras mentah rasa sedap beno ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa ni lah sesuai nak manja2 dgn en.suami okje.....hehe konpem dipenuhi segala permintaan..

      Delete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post