Menang Peraduan Dumex Dugro Habib Raya 2013

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Berita yang membuatkan aku tersenyum lebar sekejap......hehe Tak sangka terpilih sebagai salah seorang pemenang untuk Peraduan Dumex Dugro Habib Raya 2013. Yeahhhh ! syukur alhamdulillah, tak pernah menang hadiah yang aku kira besar dalam peraduan yang aku join....tapi dah rezeki kan.




Ni lah peraduan yang aku ikut tu. Mudah sahaja nak join contest ni, cuma sms dan menang ! semakin banyak anda hantar sms semakin besar peluang memenangi peraduan ni. Hari tu aku sempat hantar 2 penyertaan sahaja sebab tak berharap pun untuk menang. Bayangkan hanya 280 pemenang sahaja yang dicari daripada seluruh penyertaan di Malaysia. 

Tapi dah memang orang kata, rezeki tak kemana. Dan pada 15hb Ogos tu, aku dapat panggilan dari pihak Dumex menyatakan aku terpilih sebagai seorang pemenang dan bakal menerima hadiah sebuah loket emas 916 yang bernilai RM 1,300.00 ! Hadiah tajaan daripada syarikat barang kemas yang terkenal iaitu Habib Jewel. 

Tetapi masih ada syarat lagi untuk dapatkan loket emas tu, kena hantar resit sebagai bukti pembelian susu Dugro 900 gm sebelum 29 Ogos. Tak menjadi masalah bagi aku sebab Damia minum jenama susu ni. Resit dah dihantar dan pihak Dumex telah mengesahkannya. Surat penebusan hadiah akan dihantar pada minggu pertama bulan september ni.

Nasib baik ada cawangan Habib Jewel di Kota Kinabalu ni kalau tak terpaksa kirim salam jak lah hadiah tu.....hehe :p Hadiah kena collect sendiri, kalau nak collect di KL, tak pulang modal katanya huhu



Terima Kasih Dugro !!

16 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Alhamdulillah, rezeki...
    Tahniah yer

    ReplyDelete
  2. Bestnya.....dapat hadiah....tahniah ya...

    ReplyDelete
  3. wah tahniah mia, happy2... nanti upload kat Instag tau dah dapat hadiah tu... *_^

    ReplyDelete
  4. Pergh!!! rezeki datang bergolek nampaknya Mia....... Tak payah slogan bagai ke?

    ReplyDelete
  5. Bestnya Mia... tak ramai yg terpilih kan..
    tahniah dari kakak.

    ReplyDelete
  6. wah! Alhamdulillah.. Tahniah Mia..
    mmg rezeki kan.. bukan senang mo dpt tu...:)

    ReplyDelete
  7. Alhmdlh, rezeki.... mahal hadiah tu...

    ReplyDelete
  8. Murah rezeki..sy pon join hari tu, tp x de rezeki lah. tahniah!

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah mia..mmg rezki besar tuh..kemain lagi nanti dpt pakai loket mas ..heheh

    ReplyDelete
  10. bestnya kak. memang betol rezeki tu. huhuhu

    ReplyDelete
  11. Emmmmm.....pehhhhhh.....hadiah yg terbaik!!!
    Rezeki anak tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post