Jaundis

Assalamualaikum

Rasanya hampir semua bayi yang baru lahir mengalami masalah ni....bezanya cuma samada cepat ataupun lambat kadar kekuningan itu berkurangan.....Ibu-ibu yang suda mempunyai pengalaman selalunya sudah bersedia untuk menghadapi masalah jaundis bayi mereka, berbeza dengan ibu-ibu yang pertama kali melahirkan anak...seperti saya dahulu, semasa melahirkan anak yang pertama si Shumi....belum ada pengalaman dengan jaundis ni....Shumi sebenarnya lahir tidak cukup bulan...due sepatutnya 28/03/2006 tapi terbersalinkan si Shumi pada 27/02/2006 sebab dah pecah ketuban....awal sebulan

Lepas 3 hari, Shumi semakin tidak aktif, mukanya kekuningan, tidak mahu menyusu, asyik tidur jak.....kami bawa Shumi ke hospital dan doktor sahkan Shumi terkena jaundis yang agak tinggi.....bacaan dalam 300 lebih masa tu....jaundis yang normal selalunya di bawah bacaan 280.....tinggi daripada tu mesti kena admit di hospital untuk rawatan lanjut....hampir seminggu kami saya dan Shumi di hospital.....rasa kesian tengo shumi yang tak sampai seminggu umurnya di bogelkan dan di jemur di bawah 'lampu biru'....cuma matanya sahaja yang ditutup dengan 'spek mata hitam' khas, tak boleh keluarkan dia dari tempat tu kecuali masa dia hendak menyusu sahaja...Sepanjang minggu tu bacaan kuning Shumi turun naik sehingga ada ketikanya mencapai 400 lebih....memang risau sangat masa tu sebab pernah dengar kalau jaundis yang teruk, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan..... :-( 

Seminggu lebih di hospital doktor benarkan balik tapi kena datang setiap hari check sebab kuning si Shumi masih di tahap bacaan 200 lebih...dan selepas 3 hari di rumah, Shumi di tahan lagi sebab bacaan kuningnya tinggi balik....kali ni 4 hari Shumi di tahan di hospital sampai saya sendiri pun terpaksa menerima rawatan kerana demam panas akibat tidak cukup rehat....Selepas 4 hari di hospital, kami dibenarkan balik dan setiap hari kena datang ke hospital untuk pemeriksaan....hampir sebulan juga Shumi terkena jaundis...lepas tu dia dah ok.....
Untuk para ibu yang belum ada pengalaman mengenai jaundis, saya kongsikan sedikit maklumat mengenainya :-


Apa itu Jaundis ?
Warna kekuningan dikulit akibat peningkatan kadar bilirubin di dalam darah.
Apa itu Bilirubin ?
Sejenis Pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah dan kemudian ianya diproses di dalam hati sebelum dibuang melalui najis atau air kencing
Tanda2 yang patut di ambil perhatian
  • Jaundis terjadi dalam 24 jam selepas kelahiran kerana pada bayi normal jaundis terjadi selepas 48 jam kelahiran.
  • Peningkatan bacaan kuning yang cepat.
  • Bayi yang mengalami G6PD defisiensi.
  • Anak sebelum ini pernah terkena jaundis.
  • Bayi tidak aktif dan tidak mahu menyusu.
  • Najisnya kelihatan pucat dan air kencingnya menjadi pekat.


    Rawatan untuk Jaundis
  • Rawatan di bawah cahaya biru dimana bayi diletakkan di bawah cahaya bagi menukarkan bilirubin kepada bahan yang tidak berbahaya. PERHATIAN : Jangan letakkan bayi anda di bawah cahaya matahari kerana ini boleh membahayakan bayi anda
  • Rawatan pertukaran darah - rawatan ini adalah jalan yang terakhir untuk mengelak berlakunya kerosakan otak.

Untuk bacaan lebih lanjut boleh pergi ke laman ini
Kredit untuk www.docstoc.com

25 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. dulu dania pun ada jaundis..tp sekejap jer..2 hari dah ok sebab bacaan sgt2 rendah...potential wanita darah dalam kumpulan O+ confirm anak ada jaundis...

    ReplyDelete
  2. Sama lah,tiga tiga ank dulu semuanya jaundis.Yg sulung jer tak teruk sgt,lg dua admitted ke wad.Risau sgt.

    ReplyDelete
  3. risau kan if anak2 kena demam kuning ni. both my kids kena dulu tapi 2-3 hari je. so, mmg kena rajin bagi susu badan

    ReplyDelete
  4. anakku nda tinggi jaundis nya.yg tua lama juga 2 minggu baru hilang..yg no.2 xda langsung ..yg no.3 4 hari turun sdh

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dua dua anak sy dulu jaundis tak teruk boleh dikawal..just bg air susu bdn je

    ReplyDelete
  6. erm..anak sy dulu ada juga Jaundis ni Mia.. sedih btl bila terpaksa admit di ward.. hari2 ambil darah..smpai sy pun terpaksa awal2 tu berpantang di ward. Apa pun TQ for info..amat berguna buat ibu2..:)

    ReplyDelete
  7. Baby jaundis perlu disusukan skerap mgkin.kalau tido pun kna kejutkan. Itu petua plg mujarab

    ReplyDelete
  8. *susu badan.....susu lembu no no no

    ReplyDelete
  9. akak dulu x tahu pasal nie .. tapi banyak baca dari googledan blog kawan2 ..

    hurmm TQ sharing dik ;)

    ReplyDelete
  10. ada kwn yg ada pengalaman anak kena juandice ni ckp jgn bagi anak tidor lama time siang..

    ReplyDelete
  11. anak saudara bella haritu pun kena demam kuning jugak . tinggi . macam2 dibuatnya . last sekali , minum air sengkuang cina . alhamdulillah , baik lepas tu

    ReplyDelete
  12. @Rafhani: Saya yang sulung tu jak...dua2 adiknya ok....

    ReplyDelete
  13. @Sue-Rya Qistina: Rajin susukan supaya baby cepat kencing dan berak sebab bilirubin dikeluarkan melalui najis...

    ReplyDelete
  14. @aTieYusof Family: Samalah bah tu atie, berpantang di hospital sampai sakit sbb x cukup rehat....huhu

    ReplyDelete
  15. @Kay Masingan: Kena kasi bangun selalu dorang tu cath sebab kadang2 baby ni suka tidur dah...klu jarang menyusu, jarang dia berak, lambat turun tu kuning

    ReplyDelete
  16. @sabella mohamad:Ya....kadang2 ubat tradisional pun ada digunakan untuk ubat jaundis ni tapi atas nasihat doktor jugalah....

    ReplyDelete
  17. cara sy menurunkan bagi banyak minum air susu badan sja..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post