Skip to main content

Bunga....Bunga

Assalamualaikum
Cerita bungalah pulak....hari tu dah cerita pasal buah...on the way pegi keja tadi, sedang termenung tengok jalan jammed, tiba2 terpikir nak tulis entri ni.....(dasar blogger)...Orang kata pompuan tak boleh dipisahkan dengan bunga....memang betul, buktinya mak saya....teramatlah suka dengan bunga....rumah kami di kampung tu, halaman dia penuh dengan bunga....siap mak tanam benih pokok bunga lagi untuk dijual di pasar minggu....
Kalau yang sedang dilamun cinta tu konon, of coz lah si pompuannya mesti selalu menginginkan hadiah bunga dari si lelaki....bunga pula bukan yang main antam jak bagi...demand minta bunga ros kaler merah yang segar (bukan yang plastik), bunga tahi ayam tak mainlah....tak mo yang 3 kuntum, mo yang sejambak terus gitu...kalau boifrennya yang jenis poket penuh takpalah juga....tapi kalau yang cukup2 makan jak, mau menangis boifrennya, 1 kuntum bunga ros dah berapa harganya....kalau sejambak ada 50 kuntum, ertinya puasalah si boifren selama sebulan demi kekasih tercinta.....
Yang ko nak mengata orang (bukan mengata, kenyataan bah kan...eee terkluar slang Sabah), macamlah ko tu bukan pompuan....Memanglah saya pompuan tapi ni pengakuan berani gitu....SAYA TIDAK SUKA BUNGA.....suka tengok jak tapi kalau nak tanam2, hias2 rumah ke bilik ke dengan bunga memang takdalah....janganlah pulak yang lain marah sebab saya tak suka bunga....tapi memang tak berapa nak minat dari dulu lagi...masa muda belia dulu, sedang bercinta2 dengan si hubby, memang dah bagitahu dia awal2 lagi, kalau nak bagi hadiah ke apa, jangan bagi bunga...bagilah benda lain selain bunga...hehe tapi kadang2 tu hubby ada juga belikan bunga......ambik ja lah, takut hubby kecik hati pulak...dia pun nak juga merasa bagi2 bunga dengan buah hatinya ni....(uweekkk....sila jangan termuntah)...lepas ambik bunga dari hubby, tenung jak bunga tu tak tahu nak buat apa...hehe
Sampailah dah beranak pinak ni...tetap tak berapa nak minat bunga....rumah pun langsung tiada hiasan pokok bunga....bunga hidup ke, bunga pelastik ke.....memang takda....cuma raya tahun lalu ada beli bunga hiasan sepasu jak...sepasu saja ok...khas untuk hiasan rumah di hari raya...sampai mak dan adik beradik yang lain pun tegur rumah ni kosong jak, takda hiasan kah ???
Gambar ni pernah post dulu.....tapi upload balik mo kasi tengo sepasu bunga hiasan tu..nampak ke sanaaaa ujung tu.....hehehe (sila abaikan keadaan rumah yang kecil tapi comel tu :P)
Ok tu jak cerita pasal bunga....kepada peminat bunga tu, teruskanlah minat anda....sila abaikan bebelan di atas......bye

Comments

  1. haha.. mo ketawa juga Mia baca entry ni.. sy pun sbnr nya 'kurang minat' dgn bunga.. suka tengok shj..baju pun byk corak bunga.. tapi klu real tu kurang jgk..hehe..
    suka corak sun flower & Tulip..:)

    ReplyDelete
  2. sy teringin bunga dr incik hubby tp xpnh dpt pun

    ReplyDelete
  3. Kakak minaaaaatttt dan sukaaaa bunga teramat sangat tapi abang tak pernah kasi kakak bunga dari sejak bercinta sampai anak dah besar remaja. Pokok bunga kakak tapi susah nak berbunga - sedih kan...

    ReplyDelete
  4. x sempat nak adiahkan bunga utk dia.. ermm..

    ReplyDelete
  5. hihihihi. saya minat sgt fresh flower. nak2 kalau dpt dari insan tersayang kan. lg la suka. kita sama la mia, x suka sgt ade deco2 bunga dlm rumah. ntah la, mmg x reti nk hias agaknye. hehehe. kalau fresh flower tu senang bangat. letak je dlm pasu berisi air. dah siap. hahaha

    ReplyDelete
  6. xpenah lagi bagi bunga kat awek L.. haha

    ReplyDelete
  7. sila percaya, saya tak minat bunga... hahaha

    ReplyDelete
  8. saya pun kurang gemar bunga, tapi saya suka pokok hidup. It is nice to see them growing and growing, nnt time stress boleh potong potong potong. hehehe

    ReplyDelete
  9. Hahahaha,bunga mmg cantik dan menyegarkan.Tp kalo hadiah sy prefer coklat sbb bunga xleh makan,hahahaha.Dasar kuat makan kan?

    ReplyDelete
  10. Ros suka tanam bunga je.. tapi, kalau nak hias kat dalam rumah, memang tak suka.. rimas pula rasanya.. hihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa