Keistimewaan Menjadi Ahli Kelab BZ Bee Bunch Hotel Promenade Kota Kinabalu

Assalamualaikum. Hi korang. Ni Kmia kongsikan 'benda' baik punya, khas untuk ibu bapa yang mempunyai anak berumur 12 tahun ke bawah dan tinggal di sekitar area Kota Kinabalu ni.

KELAB BZ BEE BUNCH HOTEL PROMENADE KOTA KINABALU

Hotel Promenade Kota Kinabalu, pada bulan disember tahun lalu telah mengadakan Member Recruitment Day dimana pendaftaran ahli terbuka kepada semua kanak-kanak berumur 6 hingga  12 tahun dan paling best ianya percuma 😄!.


Rasanya ni kelab kanak-kanak pertama ditubuhkan bagi hotel-hotel bertaraf 4 bintang seperti Hotel Promenade Kota Kinabalu di area Kota Kinabalu ni. Dan Majlis Pelancaran Kelab Kanak-Kanak Bz Bee Bunch ini telah diadakan pada 26 Januari 2019 yang lalu. Majlis simple tapi meriah ni dirasmikan oleh Puan Anita Chung, Group Director of Sales & Marketing Hotel Promenade Kota Kinabalu.



Mesti korang tertanya-tanya .. apa yang best menjadi ahli Kelab Bz Bee Bunch ni? Ok ni Kmia senaraikan keistimewaan menjadi ahli kelab ni selain daripada pendaftaran percuma ..

Aktiviti Bulanan Percuma
Sertai aktiviti bulanan secara percuma! Maklumat dan tarikh aktiviti ini akan dimaklumlah kepada ibu bapa atau penjaga melalui WhatsApp.

Door Gift Percuma!
Di akhir acara aktiviti, setiap ahli akan diberikan Door Gift menarik secara Percuma.

Pass Percuma Menggunakan Kolam Renang Hotel Promenade
Ahli-ahli Kelab Bz Bee Bunch boleh menggunakan kolam renang hotel secara percuma bermula dari jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam (jika cuaca mengizinkanlah ye) dengan syarat ditemani oleh ibu bapa masing-masing. Tetapi sebelum menggunakan kolam renang ni, ibu bapa kena membuat pembelian sebarang minuman atau makanan pada hari itu daripada Promenade Café dan juga mendaftar terlebih dahulu di Leisure Centre yang terletak di Tingkat 1, Hotel Promenade Kota Kinabalu.

Birthday Treat Percuma!
Ahli Kelab Bz Bee Bunch berpeluang menikmati 1 Buffet Meal pada tarikh hari jadinya.

Diskaun Sehingga 60%!
  • 60% diskaun (tambahan 10% diskaun kepada 50% diskaun) untuk harga buffet ; sarapan, makan tengahari (isnin hingga jumaat), Bubble Brunch Buffet (hujung minggu dan cuti awam), buffet makan malam dan juga sepanjang hari bulan kelahiran (tidak termasuk hari tarikh lahir).
  • 20% diskaun untuk tempahan kek harijadi (minimum 1Kg) di Deli Corner Hotel Promenade sepanjang hari bulan kelahiran ahli kelab.
  • 10% diskaun dari jumlah bil majlis hari jadi ahli kelab yang diadakan di function room di Hotel Promenade. 

Amacam .. best kan. Tetapi seperti biasa, semua keistimewaan di atas adalah tertakluk kepada terma dan syarat.
Bila dah mendaftar dan sah jadi ahli kelab Bz Bee Bunch ni, pihak hotel akan beri satu kad yang valid untuk setahun kepada ahli-ahlinya dan kiranya anak-anak korang boleh sudah mula menggunakan semua keistimewaan tadi.

Contoh kad ahli Kelab Bz Bee Bunch

Bawah ni antara gambar aktiviti yang telah dijalankan untuk ahli-ahli Kelab Bz Bee Bunch.




Pada hari aktiviti diadakan, ibu bapa dan anak-anak boleh menikmati hidangan Bubble Brunch Buffet (dulu dikenali sebagai Buffet High Tea) dari jam 11 pagi hingga 3 petang pada harga RM80 net untuk dewasa dan RM40 net untuk kanak-kanak. Menu yang sedap dan persembahan makanan yang menarik pastinya akan buat korang dan anak-anak berselera untuk makan.



Macam mana ? 😁 menarik kan. Jika korang berminat atau nak tahu lebih lanjut tentang Kelab Bz Bee Bunch ni, boleh hubungi mereka melalui applikasi WhatsApp 013 8778811 atau email ke comm@promenade.com.my
Juga boleh hubungi mereka di talian (60)(88) 265 555


2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Wow ..menarik dan semmoga ianya nanyak memberi manfaat

    ReplyDelete
  2. okay memang belum ada masa lagi mau bawa anak-anak, nextime insyaAllah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post