Cara Pemilihan Pemenang Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun

Assalamualaikum

Hi Korang!



Semalam secara rasminya tamatlah | giveaway-miakassim-dot-com-10-tahun |. Nda sangka bah Kmia 😅 punya ramai join ni giveaway. Target awal mungkin dalam 10 ke 20 orang jer. Yalah bukan blogger pemes jadi sedar diri juga mungkin hanya sedikit yang turut serta. 

Ok ni Kmia nak kongsi macam mana cara pemilihan pemenang.

Pemenang Penyertaan Blog

Kesemua entri 49 peserta yang menyertai giveaway ini akan dibaca oleh Pengadil Jemputan Kmia dan diberi markah 1 - 10. Lima orang yang mendapat markah tertinggi akan diasingkan untuk pemilihan hadiah-hadiah yang ditawarkan.
Pemilihan pula akan dipilih secara random oleh ... samaada Pak Random atau tiga beradiks
| Shumi, Shamzi & Damia |. Siapakah pengadil jemputan itu ? Siapa lagi kalau bukan pembaca setia blog ni. Encik Hubby Kmia lah. Dia secara diam atau terang-terangan memang tidak akan pernah lepas membaca setiap entri baru di blog ini. So dia memang amat faham dengan cara penyampaian Kmia, isi kandungan blog ini dan apa yang Kmia selalu kongsikan di blog ini.
Dan dia amat-amat jarang membaca blog kawan-kawan Kmia, so dia memang agak kurang sedikit mengenai kawan-kawan blog Kmia. Oleh itu, unsur-unsur pilih kasih dalam pemberian markah tidak akan timbul gitu.
Macam mana markah diberi ??
Syarat giveaway ni, korang cerita serba sedikit tentang blog ni. Apa yang korang tahu mengenai blog ni. Bagaimana korang mengetahuinya. Thanks pada yang baru pertama kali berkunjung ke blog ni dan menyertai giveaway ni. Terima kasih atas kejujuran korang ye.
Kenapa Kmia terangkan cara pemilihan pemenang sekarang, selepas giveaway ni tamat ? Sebabnya Kmia tak mahu ada unsur-unsur bodek gitu hahaha. Tak maulah korang puji-puji melambung blog yang suam-suam kuku ni ja. Cam tak ngam pula kan. hehe
5 orang yang bertuah ini akan diumumkan pada 24 Nov ini dan pemenangnya pula seperti yang dijanjikan akan diumumkan pada 25 Nov ini.

Pemenang penyertaan Facebook

Yang ni simple ja. Memandangkan penyertaan Facebook kureeng mendapat sambutan. Mungkin syaratnya susah agaknya, share status dan komen .. eeeemm ok lupakan.
Setakat ni ada 3 orang sahaja yang tinggalkan komen penyertaan di status giveaway itu (sebab ini salah satu syaratnya), yang lain mungkin ada yang share tetapi tak tinggalkan komen so Kmia tak boleh track gitu. Minta maaf bebanyak k.
Tetapi jika ada yang share tapi lupa nak komen, jangan risau korang masih boleh komen di Facebook Page Mia Kassim Dot Com.
3 orang ni Kmia pilih secara random juga ye. So salah seorang yang bertuah itu akan menerima wang tunai RM50. Bolehlah korang belanja family makan-makan di kepsi hehe.
Pemenang akan diumumkan pada 25 Nov ini juga.

Sekali lagi terima kasih yang tidak terhingga kepada yang menyertai giveaway ini dan Good Luck untuk semua !


11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. alhamdulillah dan tahniah sis mia berjaya jalankan giveaway dengan jayanya =D
    ju datang blogwalking hari ni =)

    ReplyDelete
  2. tamat... andak telampat unni..hahahahahahaha.. tahniah kak mia bjaya anjurkan GA dengan jayanyaa

    ReplyDelete
  3. gudluck semua .... jemput join GA Pip pula kalau ada kelapangan...
    http://www.mrspip.com/2017/11/ohsem-giveaway-by-mrs-pip-221117-61217.html

    ReplyDelete
  4. Good luck semua..kita ntikan pemenang ye

    ReplyDelete
  5. Good luck to all participants >_~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post