Jangan amalkan diet atkins kalau tak mahu baju menjadi besar!

Assalamualaikum

Yang nak berkira-kira nak amalkan diet tu .. korang cubalah pikir dua tiga kali ye. Mahu ke korang tiba-tiba badan menjadi sihat dan cergas. Mahu ke korang tiba-tiba rasa nak tidur dan lemau tu hilang. Mahu ke korang tiba-tiba dah tak semput bila naik tangga atau berlari. Mahu ke korang tiba-tiba baju-baju yang selama ini korang pakai tiba-tiba menjadi BESAR !! ish ish ish (cam best je kan tapi banyak pula 'kesan sampingannya' :P)

Dengarnya ada satu sistem diet ni sangat berkesan sekali. Tak payah korang nak makan pil-pil kurus segala tu. Sistem DIET ATKINS ... memang tak payah keluarkan modal. Apa yang penting KAWALAN dan DISIPLIN

Kawalan dari segi apa, dari segi nafsu makan korang. Nafsu 'gendoot' orang Sabah bilang. Bila nampak makanan depan mata semua pun nak dimakan. 
Dalam sistem Diet Atkins ni, Karbohidrat memang tak boleh sentuh tapi ni ikut pada orang tu macam mana nak kawal karbo masuk ke dalam badan. Ada yang amalkan diet ni tapi karbo tetap makan cuma kuantitinya sangatlah sedikit ..... hah! mahu ke korang sisihkan nasi daripada kehidupan seharian korang. Itu sebab diet ni memerlukan daya kawalan yang tinggi pada seseorang. 
Kalau yang tetiba nampak Nasi Beriani ke Nasi Kandar dengan kuah banjir ke depan mata, dan tak boleh kawal nafsu, lupakan je lah niat korang untuk berdiet atkins ni. 

Disiplin. Dari segi apa? korang bukan je kena kawal makanan tapi kena gerak-gerakan badan korang tu. Tiap-tiap hari ambil masa dalam 15 minit gitu untuk bersenam. Ye lah korang kena bakar-bakar sikit lebihan kalori yang korang makan siang hari tu. Kalau korang seorang atlit sukan tak apalah tapi kalau kerja duduk opis je tak bergerak, terpaksalah korang ambil inisiatif untuk menggerakkan badan dengan melakukan senanam. 
Ni aku kongsi tips sikit, kalau korang nak baju-baju korang menjadi besar dengan cepat, cuba amalkan senaman ni. SENAMAN TABATA. Apa benda ni, korang google lah sendiri. Aku dah bagi tipsnya. Confirm dalam masa sebulan korang akan start mencari baju baru yang sesuai dengan size korang. Tapi kena disiplin lah. Hari-hari nak kena lakukan senaman ni.

Membebel-bebel pasal benda ni, aku dah berjaya amalkan ke ??? Tak lah ... setakat ni belum lagi. Aku masih selesa pakai baju-baju aku yang ada sekarang ni ...kihkihkih

Actually ni berdasarkan pengalaman hubby aku .. korang, aku pernah ceritakan yang hubby suspect darah tinggi kan. Alhamduillah, semuanya dah kembali normal sekarang. 


Hubby aku dulu .... comel je badan dia kan hahahaha maklumlah hari-hari bini dia masak sedap. Perut bulat tersembunyi di bawah meja. 
(sumber gambar : pinjam dari kawan hubby)



Selepas amalkan diet dan senaman yang memerlukan kawalan dan disiplin yang tinggi. Kan aku dah kata kat korang, korang mahu ke, baju-baju korang menjadi besar ?? 
(sumber gambar : pinjam dari kawan hubby juga)


Nak kurus, nak slim, nak sihat, dari korang je. Tepuk dada tanya selera. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih gitu.



12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Cikgu memang kuat semangat. Mia boleh tak tempias pulak nak ikut sama
    Syabas buat mereka yg kuat semangat dan gigih
    Kakak ni susahlah nak tinggalkan nasi.

    ReplyDelete
  2. Teringin juga nak tinggalkan karbohidrat tapi tak kuat semangat bila takde nasi sehari pun dah lesu.Akak sebolehnya nak diet,sebab nak sehat ,tak perlu lagi telan ubat hari2.

    ReplyDelete
  3. Teringin juga nak tinggalkan karbohidrat tapi tak kuat semangat bila takde nasi sehari pun dah lesu.Akak sebolehnya nak diet,sebab nak sehat ,tak perlu lagi telan ubat hari2.

    ReplyDelete
  4. syabas untuk mereka yang berjaya join atkins ni..hahaha...klu saya tak boleh

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum...
    cik nur juga berpengalaman membuat diet atkins tapi hanya untuk 2 minggu yang pertama saja... dan berjaya juga kurus...
    lepas tu kelaut.. kembang balik...
    kikiki

    ReplyDelete
  6. pergh memang nampak perubahan nya ni Mia.. kurus sdh skrg kan..mo kuat mental & fizikal juga ni... TAHNIAh cikgu.... :)

    ReplyDelete
  7. nak kene buat kat husband jugak..dah gemuk teruk.

    ReplyDelete
  8. hahahaha..sembunyi perot bawah meja!
    Total berapa KG dah hilang?

    ReplyDelete
  9. Wah bagus displin suami Mia..
    Jauh sungguh ketera kurusnya..

    ReplyDelete
  10. Betul tu Mia sebenarnya semua terletak pada diri kita sendiri. Kalau diri kita nak kurus, maksudnya kuruslah, tp kalau diri kita masih pentingkan nafsu makan maka tak jadilah kurusnya...

    Mmg nampak bezanya tu Mia....tetiba jeles pulak. Rasa mcm nak kurus jugak .

    ReplyDelete
  11. Betul tu Mia sebenarnya semua terletak pada diri kita sendiri. Kalau diri kita nak kurus, maksudnya kuruslah, tp kalau diri kita masih pentingkan nafsu makan maka tak jadilah kurusnya...

    Mmg nampak bezanya tu Mia....tetiba jeles pulak. Rasa mcm nak kurus jugak .

    ReplyDelete
  12. aida memang ngaku la, tak boleh buat diet apa pun.
    tak disiplin.
    hmmm bersukan pun kurang, mia.
    camne la kan :(
    keje keje keje.... terasa nak diet jugak. mau la baju kelihatan besar.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post