Assalamualaikum
Untuk yang suka travel2 tu ... apa benda penting yang korang wajib bawa ?
Kalau lelaki memang sempoi ja ... tak kisah pun benda2 tu semua. Yang pompuan ni leceh sikit.
Berus dan ubat gigi wajib ada. Kelengkapan mandi kalau nak diikut semua nak diangkut sekali.
Syampu, shower gel, pencuci muka, losyen ... conditioner lagi ... eh eh eh.
Kalau berbulan2 nak pegi tu logiklah juga tapi kalau travel setakat 3 4 5 hari tu ... cam menyusahkan pula.
Memanglah ada kelengkapan mandian disediakan dibilik hotel tu. Sabun, syampu, losyen semua ada.
Korang pernah try kan benda2 ni semua. Terutama syampu tu ... mak aihh lepas guna rambut keras cam dawai. Kadang2 tu bau langsung tak wangi. Pelik semacam.
Nak bawa semua benda2 tu tapi dalam pek yang mudah dibawa dan pada masa yang sama selamat serta bebas dari bahan2 kimia yang memudaratkan kita. Macam belajar sains lah pula. 😅
Ecowell : Travel Essentials Organic Bath and Body Care Series 😀
Semua lengkap kat dalam beg biru kecik ni. Ada 4 item kat dalamnya. Mudah gitu dibawa nak2 masa kita travel, outstation .. dan yang penting diperbuat daripada bahan organik.
Nak tahu kesemua item tu ... tunggu ye, satu-satu aku ceritakan kat korang nanti 😁
betul,senang nak bawa ke mana-mana kan...
ReplyDeletebetul2
ReplyDeleteWahhhh sempoiii packing dia!
ReplyDeleteHa a betul tu Mia.... kalau guna hotel punya syampu mmg kejunglah rambut lepas tu
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!