Shumi budak 9 tahun

Assalamualaikum

27 Februari 2006 | Selamat hari lahir untuk anak sulungku, Shumi Dzukairy. Semoga membesar dengan sihat, menjadi anak yang baik dan soleh, tak lupa umi dan baba serta berjaya di dunia dan akhirat .... amin

Tak sedar masa berlalu kan. Pejam celik pejam celik dah masuk 9 tahun umur Shumi. Tak lama lagi dah jadi anak teruna dah ... emmmm. 
Pagi tadi bila aku wish birthday kat Shumi, dia tersenyum malu2. Tambah malu bila aku cium kedua2 pipinya. 
Seganlah tu konon sebab dah besar. :P
Tapi walaupun malu-malu, sempat juga dia tanya kat Uminya ni, ada hadiah kah??

Birthday Shumi dah buat cuti cny hari tu. Buat awal sebab ngam2 balik kampung. So boleh celebrate dengan sepupu sepapat dan atok opah di kampung. 
Sambut kecil2an sahaja. Memang kami tidak sambut secara birthday secara besar2an. Cukup sekadar kek tanpa lilin, makanan simple dan keluarga terdekat. 
Tiada nyanyian tetapi digantikan dengan doa. Dan hari tu Shumi sendiri membaca doa di hari lahirnya.
Aku dan hubby tidak mau terlalu memewahkan anak, biarlah mereka merasa sedikit kesusahan. Biar mereka sedar ada di antara rakan-rakan mereka yang tidak pernah menyambut hari lahir akibat kesempitan hidup. Aku semasa zaman kanak2 juga begitu, istilah sambutan hari lahir itu tiada langsung dalam diari hidup kami. Aku tahu bukan bapa tidak ingat tapi harga sepotong kek itu amat bermakna jika ditukarkan dengan makanan untuk sekeluarga.
Tetiba emosi pulak aku (-__-)

Kek fresh cream coklat untuk Shumi. Memang selalu menempah kek dari rakan kakak. Kek dia memang terbaik. Sedap!

Dari kiri Apik, Shamzi, Damia, Shumi, Yus dan Piji. Damia sorang jak cucu perempuan dalam keluarga aku. Ada seorang lagi sepupu Shumi, lelaki sebaya Damia tidak ada dalam gambar. Piji, 13 tahun bakal mendapat adik bulan jun ni :)




10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Happy 9th Birthday Shumi... semoga sentiasa dalam rahmatNYA & sentiasa sayangkan family...

    * blog lia da private, kalau sudi nak baca lagi, bole la drop emel address di emel marlia171@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Happy Bezday Shumi....moga jadi anak yg soleh dan membahagiakan org tua yer.....
    Betul Mia, zaman Okje kecik tak jumpa sepotong kek pun...sedihkan....
    Tapi tulah....ibu bapa memang nak yg terbaik buat anak anak cuma ada kalanya tak mampu...
    Tak pelah past is past ...selagi mampu, apa salahnya kita yg mampu ni membahagiakan anak anak kita pulak

    ReplyDelete
  3. Happy Birthday Shumi.. moga jadi anak yang soleh.. :)

    ReplyDelete
  4. simple tapi cantik kek birthday shumi..wana suka tengok tulisan atas kek tu..mau belajar juga nih buat tulisa camtu..btw, happy birthday shumi..jadi anak yang bijak dan soleh ya :)

    ReplyDelete
  5. Happy bufday shumi, smg menjadi anak yg soleh..
    Makin besar, makin malu kalo mak cium pipi..kdg2 rasa cepatnya anak membesar. Rindu nk belai mcm baby lagi ^^

    ReplyDelete
  6. sanah helwa Shumi..moga Allah makbulkan semua doa ibu :)
    kek fresh cream coklat tuu, meriah!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kek tu. Selamat hari lahir Shumi. Smoga membesar sebagai anak yg soleh, bijak pandai dan sihat tubuh badan.

    ReplyDelete
  8. happy belated birthday Shumi =) semoga menjadi anak yg soleh....aminn

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post