Skip to main content

Semaklah resit korang!

Assalamualaikum

Aku kalau membeli barang ke, makan di restoran ke ... jarang sangat check resit yang diterima. Tapi kadang-kadang tu checklah masa kat restoran tu, tu pun kalau aku rasa harga makanan yang dimakan sangat mahal giler tak masuk akal masa tu .. hehe

Kalau beli barang-barang kat supermarket pula, aku memang perhatikan apa yang dipunch oleh cashier kaunter tu ... yang itu aku sangat alert tau. Pernah ada sekali tu, aku nampak cashier tu punch double barang yang aku beli tu, sedangkan kuantitinya cuma 1 ... aku tegur terus masa tu .. 
Tak marah tapi tegur ... itu hak kita kan. 
Aku tak semak resit sebab dah alert masa kat kaunter cashier kan, so confidentlah yang dia tak salah punch. :P

Tapi kan sejak ada viral 'Mangkuk Kosong' di Facebook sehari dua ni, aku rasa eloklah kita check resit kita selepas membeli barang atau makan di mana2 restoran. 
Yalah takut juga bila ada peniaga yang ambik kesempatan terhadap kecuaian atau sikap sambil lewa pelanggan.

Tak pernah terpikir pula, 'mangkuk kosong' juga dicaj. 
Sebagai bayaran untuk perkhidmatan basuh pinggan kotor agaknya. Kena bersangka baik kan .. huhu

Diharap lepas ni, peniaga tu kena lebih prihatin lagi lah dan jangan sesekali ambik kesempatan dalam kesempitan para pengguna. 

Dan para pengguna ... membeli dengan bijak! gunakan hak kita sebagai pengguna :)

Pengajarannya ...
Sama-samalah kita fikirkan ye ..




Comments

  1. lepas ni, mintak sudu pun kena charge! hahaha

    ReplyDelete
  2. Betul...sblm ni tak terpikir nk check resit tapi skang byk sgt peniaga amik kesempatan.Walaupun dia mintak maaf kata tak sengaja caj mangkuk kosong...tapi mcm tak logik plak

    ReplyDelete
  3. Kalo membeli brg mmg selalu cek resit, dkt restoran yg jrg cek resit. Kami jrg mkn di luar.

    ReplyDelete
  4. Lepas ni kena lebih berhati-hati bila maka di luarkan..

    ReplyDelete
  5. aku sllalu terkena kalau d aeon big... promotion d rak barang harga lain, kat katalog xde promotion so punch harga biasa... mujur aku mmg alert menda2 gitu sbb biasa amik diaper, rege mmg amik stok ada promotion jer...

    ReplyDelete
  6. I usahkan nak cek resit, baki pun tak pernah cek. I serabut tengok nombor dan duit... huhuhu.

    ReplyDelete
  7. melampau mangkuk kosong pun dikira..nampak nya lepas ni nak pi makan restoran dia kena bawak pinggan mangkuk sendiri sebab lebih jimat...ye la..dah tentu2 semua yang dia hidang dalam pinggan dia tu campur kos pinggan.jadi kalau kita bawak pinggan kita,dapat lah harga makanan je.tak campur harga pinggan sekali..hehehe

    ReplyDelete
  8. peringatan utk saya juga... Jarang semak resit yg dapat...
    Tapi mmg betul pun... ada kawan yg jenis semak resit ni... Kagum dgn dia sbb dia terus kira agak2 berapa kos barang yg dia beli.... Bila jauh sgt lari dgn budget yg dia congak tu, mula lah dia complain kat cashier...
    Tak pernah pula baca post kat FB pasal mangkuk kosong tu...

    ReplyDelete
  9. Betul tu sebab aku pernah kena. Selalu memang aku check. Tapi hari aku kena tu boleh terlupa. Beli roti sebuku, dia charge rega utk 2 buku roti. Skang ni kena berkira wei even 10 sen.

    Tapi skang nak kena check resit makanan jugak erk...haishhh...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang