Assalamualaikum
Lokasi : Langkah Syabas Beach Resort, Kinarut |
Well......masih bercuti lagi. Aku, hubby dan anak-anak baru habis bersuka suki semalam. Stay di resort yang terletak di Kinarut semalam, pastu kelmarin pegi melepak sekejap di Pantai Tanjung Aru bawa anak-anak pergi membajak pasir. Dah lama janji dengan dorang tapi selalu bila nak pergi keadaan cuaca tak mengizinkan. Semalam cuaca sangat elok, terang benderang gitu selepas seminggu hujan.
Resort yang kita pergi tu memang sangat berbaloi. Sepadanlah dengan harganya semalam RM260 net tu. Memang biliknya sangat memuaskan hati. Semalam tak puas rasanya stay kat resort tu tapi budget yang ada untuk semalam jak...huhu tunggulah aku kaya raya nanti, jangan kata nak stay berhari2 terus beli resort tu ha ha ha (angan2 mat jenin)
Tapi kalau dah namanya keluar rumah, stay kat mana2, baju bajan memang bertimbunlah. Balik rumah semalam, tunggu anak2 tidur, Uminya ni memprojek baju bajan. Cucilah apa yang patut...
Hari ni dah masuk bulan september. Tak sedar nak sampai ke penghujung tahun. Tak sedar sebulan lagi aku nak bertambah umur. Dah semakin tua rupanya aku.
Harapnya dalam 4 bulan baki yang tinggal di tahun 2014 ni, semoga apa yang kita inginkan tercapai gitu. Bulan september, selamat datang ye!
dah kaya nanti boleh buat giveaway bercuti kat resort tu kak Mia..haha..
ReplyDeletesubhanallah, cantiknya pemandangan
salam september kak mia..:)
ReplyDeleteseronoknya dapat cuti2 selalu..=)
ReplyDeletemasyaallah cantiknya resort tu...kalo bercuti di sabah sue roger2 mia ye nnt :)
ReplyDeleteCantiknya ......ada yg kena cilok tu kang hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!