Penangan Sejuk Beku

Assalamualaikum

Sejuk beku ?? Apa yang sejuk beku. Eskrim ke ?? Daging sejuk beku ke ??
atau musim sejuk ke ??

Bila lah nak merasa salji. Tengok dalam tv jak. Asyik tengok si Jelita anak si Nastyna berguling-guling atas salji yang tebal......emmmm bestnya 😊
Mesti sejuk giler kan.

Tapi yang sebenarnya bukan sejuk beku tu yang nak aku ceritakan tapi filem animasi Frozen yang digilai oleh anak2 kecik terutamanya budak pompuan sekarang ni. 
Dah lama ditayangkan di pawagam kan tapi sabtu tu ditayangkan eksklusif di Astro channel Fox Movie. 
Maka disebabkan Damia agak fanatik dengan filem ni, aku dengan baik hatinya recordlah kononnya untuk anak dara aku sorang tu.

Tapi kan akibatnya, sejak dari hari sabtu tu, rasanya dah dekat 10 kali Damia ulang tengok filem ni.
Siap ada aksi lagi semasa lagi Frozen yang Let it go tu ( tajuk lagu tu ini kah hehe)...
Kalau bukan lagu ni, asyik2 tanya orang, do you want a build snowman??

Tengok aksi dorang teringat kita dulu2 kan. Semua pun nak jadi Cinderella, nak jadi Snow White, nak jadi Rapunzel...so yang Frozen ni kira princess zaman sekaranglah kononnya. Princess Elsa dan Anna. :)

Dan akibat penangan Frozen ni juga, abis ruang tamu rumah dipenuhi 'salji putih'.....

Ambik ko, payah benar nak mengutip 'salji2' tu semua. Ni kerja Damia lah sambil dibantu oleh abang-abangnya.


Ni lah rupa budak yang bertanggungjawab menaburkan 'salji' itu. Baju tidur nak yang Frozen juga. 



Note : Actually tak berapa minat dengan filem Frozen ni, ceritanya biasa sahaja. Kekuatan cuma pada princessnya dan juga lagu2nya. Aku lebih suka dengan filem animasi The Croods dan juga Brave. Ada unsur2 pengajaran dan bukan hanya filem kartun semata2.





17 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. frozen tu mmg viral sungguh kan..
    saya baru tengok sikit je, tu pun sebab keluar kat Astro hari tu..
    almaklumlah, anak2 saya semua hero...hahaha

    ReplyDelete
  2. alohai pose pricess Damia..

    tak pernah sempat lagi nak tgok Frozen, kan yg tua ni pun terpengaruh jugak kalau tgok.

    ReplyDelete
  3. Salam Mia... adoii ketawa bah melihat aksi Damia ni... haha.. berfrozen-frozen sdh dia dalam rumah kan.. ndak pa Mama Damia rajin jg tu kasi kemas balik...hihi
    C Pa'e jak minat frozen ni, aku ndak jg berapa tgk..:)

    ReplyDelete
  4. SB sendiri pon suka gak nengok cerita sejuk beku tu, Mia..hihii..btw mmg bersalji sungguh la dlam rumah tu..

    ReplyDelete
  5. frozen pun sue blom sempat tgk lg...

    ReplyDelete
  6. Suka gak citer budak2 ni.... mang besh mcm yg mia katala... lagu2 dia mang syok dgr...

    ReplyDelete
  7. Hehehe...sesekali kasi bersepah mcmtu tepalah kan...
    Ya bah...sia pun nda berapa suka frozen nie... sbb cerita dia biasa2 seja kan... best lg Croods...

    ReplyDelete
  8. Mia tak bolehlah nak samakan kita dgn anak-anak kini. Dulu repunzel, cinderella memang kita suka tapi anak-anak sekarang dah dihantui Frozen. Anak dara kakak yg dah 11 tahun tu pun suka tau..

    ps: cantik/comel pulak Damia berpuntal towel kat kepala:)

    ReplyDelete
  9. Damia dah besarrrrrr, dah anak dara. Canner rasa bila anak dara dah mula nak comel2, hehehhee. Frozen ni kami tak pernah tengok laaa... nak kena download bagi jelita tengok, dia mesti suka kalau ada nyanyi2 nari2.

    ReplyDelete
  10. Honestly, saya pun suka dgn citer Frozen ni... mak budak2 yg lebih over masa tgk citer tu kat cinema... siap nangis2 lagi... menghayati lah sgt, kan?
    Anak2 pun, tiga2 sukan dgn Frozen ni... siap nak repeat tgk kat cinema...

    ReplyDelete
  11. Haha.....Dahsyat jugak penangan Frozen ni sampai Damia nak bersalji bagai...Walaupun okje tak suka kartun tapi cerita Frozen tu mak suka tau hehe...

    ReplyDelete
  12. bersalji rumah kak mia je..nasib baik dia tak mintak baju frozen ala-ala dress Elsa pakai tu..hehe

    ReplyDelete
  13. Bertabah lah. Tapi aku suka tgk frozen...hehehe...The croods pon best. Kelakar. Tergelak2 aku anak beranak tgk.

    ReplyDelete
  14. budak2 mmg suka sangat cerita frozen ni, anak cn yang boy tu pun boleh terjebak, pelik gak..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post