Assalamualaikum
Kurang dan tambah lemaks! Macam mana tu ??
Ni cerita hari sabtu tu. Jumaat malam tu, hubby dah bagitahu esok pagi-pagi kita bawa anak2 pegi mandi di kolam. Dah lama janji dengan dorang. Nak pegi asyik tergendala jak. Bukan sebab jauh, ni kolam yang disediakan di kawasan apartment yang kami tinggal ni. Tergendala sebab cuaca yang tak mengizinkan.
Dan sabtu tu alhamdulillah, langit terang benderang. So bawalah anak-anak yang tengah eksaited giler tu berenang di kolam. Budak-budak kalau dah jumpa kolam memang susah nak keluar balik. Macam kitalah zaman budak-budak dulu....kalau dah jumpa sungai confirm berendam dari pagi hingga ke petang hehehe...
Ingatkan dorang Shumi, Shamzi dan Damia saja yang eksaited.....Babanya pun sama tumpang sekaki berkubang kat kolam budak2 tu. Siap buat aksi terapung lagi tu kihkihkih..
Kolam yang kat atas tu untuk orang dewasa.....Yang ni tempat Uminya pula berenang kuak kupu-kupu untuk kurangkan lelemaks yang ada :P
Dah sejam kami sekeluarga berkubang kat kolam tu, kulit semua dah berkedut sebab sejuk....terasa lapar lah pulak. Berenang berabis dah banyak bakar kalori kami dan guna tenaga.
So mulalah aku terpikir2 apa yang nak dimasak nanti. Yang pantas tapi mengenyangkan, sebab perut dah lapar...
Tetiba hubby bersuara, mari kita pegi makan roti telor
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal, aku terus setuju. Tak payah masak dah...hehe so cepat2 bersiap dan kami sekeluarga menuju ke destinasi mengisi perut itu. :P
Sesampai di sana, terus order apa yang nak dimakan dan tadaaaa!
Roti telor satu siappppppp! Tambah balik lemak aku hehe
Syoknya dapat berenang. dah lama x p berenang since keluar U.
ReplyDeleteanak2 je yg selalu swimming, ibunya kene jd peneman.
hehe best kan berenang
ReplyDeleteMemang seronok bila dapat berenag main air.. :-) Jika balik kampung. saya suka pergi pantai.. Best mandi pantai..
ReplyDeleteBestlah rumah ada kolam.
ReplyDeleteaktiviti yang menyeronokkan nih..sya pun suka mandi kolam tapi nda pandai berenang la pula..adeii..huhu..
ReplyDeleteBila lagi nak mandi dgn anak-anak kalau bukan kat swimming pool macam ini Mia.
ReplyDeleteSyoknya.. lama gak x mandi kolam.. kalau lepas berenang ni memang perut akan jadi lapar.. makan pun x hengatt sb lapar....heheh
ReplyDeletesalam perkenalan...
sedap nampak roti teloq tu wehhh
ReplyDeleteMemang akvititi kegemaran anak2 ni :-)
ReplyDeletesuka la bebudak tue baba pun join sekali mandi-manda..=D
ReplyDeleteBerapa kilo hilang lemak tu Mia? Dah macam macam aksi dah tu hehe.....Macamana boleh terfikir nak masak lepas berkuak kupu kupu tu....kalau okje mmg tidak le....menggigil tangan nak masak weyh hehe
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!