Gugur jua buah akhirnya

Assalamualaikum

Sepanjang aku kerja selama lebih kurang 10 tahun ni
tipulah kalau aku kata aku tak nak apa-apa daripada majikan aku.
Aku kerja makan gaji tiap-tiap bulan.
Siapa kata aku tak nak apa-apa berlaku dengan tangga gaji aku.
Memanglah kita ikhlas nak buat kerja tetapi kalau boleh keikhlasan dan kesungguhan kita sekali sekala
dihargai dengan kenaikan gaji ataupun kenaikan pangkat oleh majikan kadangkala membuatkan kita
lagi bersemangat untuk membuat kerja. :)

Kat tempat company aku bekerja ni memang setiap tahun ada kenaikan gaji.
Naik dalam 10% ke 15% tetapi yang cukup syarat jak. Maknanya bukan mereka yang suka datang lewat, suka ambik MC, ada masalah disiplin dan yang MALAS.
Alhamdulillah aku bukan terkategori dalam semua tu. Tiap2 tahun masih merasa kenaikan gaji.

Tapi kat tempat aku ni, peratusan untuk merasa kenaikan pangkat adalah amat tipis sekali.
Boss besar orang putih tu, amat cerewet dan 'kedekut' sekali dalam memberi kenaikan pangkat.
Di bawah boss besar orang putih pula adalah bos-bos kecik yang kebanyakkannya orang ca ya nun alif. Mereka kalau boleh akan naikkan orang2 mereka dahulu barulah orang yang macam kami ni.
huhuhu.
Aku terpaksa bersaing dengan rakan-rakan sekerja aku yang seramai 9 orang tu yang kesemuanya berdarah ca ya nun alif. Bukan tak pernah orang menegur, macam mana aku 'seorang diri' boleh bekerja dengan mereka. Tak kena 'buli' ke. Tak dipermainkan ke.

Tetapi bagi aku itu bukan perkara yang melemahkan semangat kita untuk bekerja.
Jika kita minat, bersungguh-sungguh dan juga ikhlas dalam bekerja, rasanya ianya langsung tidak
menimbulkan masalah pada kita.
Yang itu sebenarnya aku tekankan pada diri aku selama ini.
Aku pernah bekerja dengan hanya dibayar gaji RM2.50 sejam.
Aku pernah bekerja dengan gaji RM500 sebulan, walaupun aku berkelayakan ijazah, tetapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk memperbaiki lagi mutu kerja aku.
Kata orang bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kesabaran itu telah sedikit sebanyak membuahkan hasil.
Aku telah pun berikan sedikit pembayangnya di menanti-berita-baik yang lalu.
Akhir sekali aku dinaikkan pangkat pada tahun 2008.
Dan setelah menunggu hampir 6 tahun ni, pada 1 ogos yang lalu berita baik itu datang kembali.
Buah yang ditunggu, gugur ke bumi jua akhirnya.

Syukur ......... alhamdulillah




Note : Bagi adik-adik yang baru memulakan alam kerjaya, kerja dengan bersungguh2, biar ikhlas, jangan banyak mengeluh, jangan banyak mengadu, kerja sepenuh hati.




10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. baik akak..tg bg semngat..takut nk msuk alm pekerjaan ni..huhu..

    ReplyDelete
  2. saya pun pernah merasa compete dengan kaum tu..tapi kak, kalau orang kita biasanya tak minat dengan naik pangkat, naik gaji ye diorang suka.

    ReplyDelete
  3. tahniah tahniah..alhamdulillah..setelah berpenat, bersabar ngan kerenah orang akhirnya tercapai gak impian..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. murah rezeki tu bila kita kerja dengan ikhlas dan bersungguh-sungguhkan Mia.. bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian kan :)

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah rezeki Mia, congrats Mia, aku tumpang happy untuk ko.... Aku pun masa memula kerja lepas grad dulu...gaji starting RM750 jer... dan akhirnya berkat kesabaran Alhamdulillah dengan apa yang aku dah capai dalam hidup sekarang... and actually looking to diversify and enhance my career too...

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah. Semoga dimudhkan urusan akak.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah... TAHNIAH Mia.. insyaAllah dengan kerja sungguh2 memang akan membuahkan hasil... moga terus sukses dalam kerjaya ya... :)

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah..tahniah mia!

    sue dah pernah lalui pglmn mcm mia...teruskan usaha mia..wish u all the best..

    ReplyDelete
  9. Tahniah Mia...apa lagi...... bila nak belanja makan ni hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post