Esok cuti bermula? - Mia - Memories of Mine

Latest

Thursday, July 24, 2014

Esok cuti bermula?

Assalamualaikum
 
Yeh yeh yeh esok cuti........................tapi untuk anak-anak dan hubby sahaja
Aku belum mula cuti lagi. Minggu depan ambik 3 hari selepas cuti raya tu. Cukuplah seminggu bercuti kan. Lama2 buat badan jadi lemau pulak sebab terlalu lama berehat...hehe
 
Anak-anak aku terpaksa bercuti awal sebab taska dan sekolah agama mereka mula bercuti esok hari. Cikgu2 katanya nak balik kampung so owner taska dan SAR bagilah dorang cuti awal. Sian nak beraya.
Aku mula-mula tu bingung juga sebab aku dan hubby kan masih kerja esok, anak-anak sapa yang nak jaga ?? huhu dilema betul. Last-last hubby dengan baik hatinya mengofferkan diri menjaga anak2. Dia kata ambik CRK ja (cikgu2 sekolah semua tahu kan apa makna CRK hehe).
 
Kenapa aku yang tak ambik cuti ?? aku kan kerja swasta. Polisi company, pekerja tidak dibenarkan mengambil cuti pada 20 hingga 25hb setiap bulan. Ni hari2 penting untuk end of month sebelum pungutan keuntungan untuk bulan itu ditutup. Kena sentiasa ada di opis untuk masukkan business dalam sistem. Nak capai budget katanya....tak capai budget nanti tak ada bonus meletup...Lagipun kami yang tahap branch ni ada 2 3 orang pekerja ja yang masukkan data.
 
Oklah...sekarang nak sambung balik kerja.
Tapi sebelum tu nak share sikit tentang post aku hari tu....Menanti berita baik tu. Boss dah panggil semalam dan syukur alhamdulillah... (^________^)
Lebar senyuman maknanya korang tau lah ye. Nanti aku dapat keputusan yang rasmi aku kongsi di sini.

8 comments:

  1. Esok SA masih kerja laaaaa....huwaaaaaaa

    ReplyDelete
  2. saya ahad baru cuti..samalah, tak suka cuti lama-lama sangat. biar cuti sekejap-sekejap tapi kerap

    ReplyDelete
  3. ada duit raya tu..
    selamat hari rya Mia kita nk blk kg dah ni
    ..maaf ada terkasar bahasa, gurau2 selama berkomen kat sini ye..

    ReplyDelete
  4. wah wah tahniahhhh.
    and selamat hari raya juger, betui cuti lama2 kang jadi lemau, macam I ni dah bertahun cuti, lemau makin menjadi2. huhuhu

    ReplyDelete
  5. Seronok bagi yang dah bercuti esok. Mugkin pengurusan sekolah anak-anak akak nak bagi cikgu mereka peluang balik kampung bagi yang tinggal jauhkan. Raya setahun sekali aje. Esok kerja hari nterakhir sebelum raya ;-)

    ReplyDelete
  6. Akk keje lagi hari ni. Tapi x leh nak fokus dah. Mood raya sudah.

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!