Skip to main content

Kenali karakter anak melalui lukisan?

Assalamualaikum

Alkisahnya semalam aku melawat PIL nak bertanya khabar.....maklumlah kedua2nya dah bersara, nak juga tanya khabar, tengok apa yang dorang buat di rumah. Tapi aku bukannya nak cerita pasal aku melawat PIL aku tu, kisahnya anak lelaki aku berdua tu, Shumi dan Shamzi. 

Dorang kalau dah sampai rumah neneknya, mesti ada bendalah dorang nak bongkar2. Dipendekkan cerita, ternampaklah timbunan kotak water colour neneknya kat almari. MIL aku tu kan bekas guru, haruslah banyak alat bantu mengajar kat rumahnya. Apalagi Shumi dan Shamzi terus membodek neneknya nak kan water colour tu, orang tua ni kalau budak2 merayu mesti dapat punya.

Dan semalam, bukan main Shumi dan Shamzi tunjukkan bakat masing2 lukis guna water colour tu. Bila dah siap, bukan main bangga dorang tunjuk kat aku.....

Hasil lukisan Shumi dan Shamzi. Boleh nampaklah apa yang Shumi lukis....tapi Shamzi aku berpikir sekejap, apa benda yang ko lukis ni nak ?? Ini kucing sedang melompatlah Umi, sambil Shamzi buat demo lagi kucing melompat. Aku terketawa juga, tapi kalau renung balik cam ya jugalah gambar kucing sedang melompat.

Kalau aku renung-renung balik gambar ni, rasanya macam ianya seolah menggambarkan karakter Shumi dan Shamzi ( dah macam doktor pakar psikologi pulak aku ...hehe)




Shumi, anak sulung ku ni seperti budak lelaki yang lain, lasak tetapi orang bilang luaran nampak keras tapi dalam hati ada taman. Mendengar arahan, selalu back up Damia kalau dibuli oleh Shamzi, Abang penyayang gitu.... Kalau bergaduh dengan Shamzi memang dia orang pertama yang selalu akan minta tolong dengan Uminya ni. Sangat emosi bila tengok drama sedih2. Penakut masuk bilik sorang2, mesti nak berteman....Shamzi lah selalu jadi mangsa temannya tu. Buat kerja rumah selalu Shamzi yang jadi bodyguard dalam bilik. Nampak lipas, jeritannya aku rasa satu blok apartment ni boleh dengar.. Sesuailah dia lukis rama-rama tu kan...hehe



Shamzi, sangat teguh dengan pendiriannya. Kalau dia tak salah, memang dia akan bela diri habis-habisan. Tidak mahunya berkongsi mainan dengan abangnya atau adiknya Damia. Tak bolehnya main sama2 dengan Damia, mesti bergaduh. Banding dengan Shumi yang selalu mengalah dengan Damia. Berani, lipas dia yang tolong pukulkan, masuk bilik gelap sorang2, tiada hal, ok jak bagi Shamzi. Memang Shamzi cengeng tapi dia mesti pertahankan diri dulu kalau bergaduh ke, atau aku marah ke, tapi lepas tu memang nangissss. Kalau gaduh dengan Shumi, kalau keluar silat karatenya segala, memang Shumi yang akan nangis sebab kena flying kick dari Shamzi (budak lelaki kan, kalau gaduh tak sah kalau tak bertumbuk, Umi dan Babanya ni lah yang terpaksa leraikan)....cam gambar kucing melompat yang dia lukis tu, dia dulu yang menerkam abangnya...hehe Tapi dalam pada keras hati tu, selalu juga bisik kat aku, Shamzi mau tidur dekat Umi bah, sebab kalau tidur dekat Umi, seleeeeesa sangat......:D


Note : Anak korang cam mana ?



Comments

  1. Tiap anak anak ada karakter nya tersendiri kan.. anak2 akak tiga orang tu berlainan karakter sungguh.. cuma saling bantu membantu antara satu sama lain..

    Menabung Darlie disini..

    ReplyDelete
  2. Amsyar lebih mirip pada Shumi... smua pon x berani, smua pon takot... aiyooooo..... tp itu la intan berlian kita pon kan...

    ReplyDelete
  3. GOOD MONING
    SINGGAH PAGI RABU :)

    ReplyDelete
  4. nnt mau share psl anak2 sy la.. lama nda share psl dorang.. hehehe... c abang penakut, c adik berani! Hehehehe

    ReplyDelete
  5. Perangai Shumi mcm kimi & perangai shamzi mcm qahirah ☺

    ReplyDelete
  6. anak cik...ermmmm...cik belom ada anak.mcm mana ne kak?hihihihi

    ReplyDelete
  7. tengok lukiasan shumi tu abstrct..
    tapi penerangan nya betul sgt..kucing sedang melompat..haha..

    ReplyDelete
  8. Sama perut tapi perangai berbezakan....tp org kata anak kedua mmg cenggitulah Mia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang