Skip to main content

Pais Jagung dan Kuih Merah

Assalamualaikum

Salam jumaat.
Bersiaran dari kampungku.
Bestnya kalau dapat balik selalu tapi apakan daya.

Anak-anak sedang bergembira dengan sepupu sepapat. Sekali sekali jumpa memang riuh dibuatnya kan.
Dah macam hari raya pulak kan :D

Semalam singgah sekejap kat pasar malam. Nak cari kuih pais jagung katanya. Kuih ni sedap sangat ala ala lepat pisang gitu tapi yang ni dibuat daripada jagung yang dibungkus dalam kulit jagung dan dikukus. Sedap sangat. Mak memang selalu buat tapi kali ni stok jagung tak ada, terpaksalah mencari di pasar malam.
Tapi malangnya pais jagung takda jual pulak. Emmmm. Beli je lah kuih yang lain. 


Kalas Kacang, Puding Jagung Kastard dan Kuih Merah (tak tahu sebenarnya apa nama kuih ni, tau makan je hehe. Sedap kuih ni dibuat dari tepung pulut berintikan kacang tanah). Korang tau ke apa nama sebenar kuih merah ni 😊)




Comments

  1. kalau kmi pnggil kuih lidah hantu @ cina .. xtau la knp, dr kecik lg mmg pggl gtu .. hihih .. tp mmg sedap ni kuih ... :)

    ReplyDelete
  2. lama xmakan kuih merah tuu ! Zara pon xtau apa anma dia.. ahahhaahha.. tau makan jaa.. hehehe.

    Jom join Mini giveaway pertama Zara ! Ada monopod & wang tunai di sediakn kpd pemenang ! yeeeha =D
    http://mr-mrshafiezy.blogspot.com/2014/03/mr-mrs-hafiezy-mini-giveaway_28.html

    ReplyDelete
  3. aduiii sedap2 bah kuih2 tu Mia... lama ndak makan kuih begini... paling suka tu pais...:)

    ReplyDelete
  4. Wahhhh tiba2 rasa lapar nak makan kuih manis2 pulak...

    ReplyDelete
  5. tak biasa tgk & mkn dua2 kuih ni.
    nampak menarik kuih merah tu :)

    ReplyDelete
  6. besnya balik kampung...x pernah makan pais jagung tu...macam sedap je...yg merah tu pun x pernah makan :)

    ReplyDelete
  7. bermacam2 gaya i bayangkan pais jagung tu Mia, tak pernah rasa lagi, but for sure sedap la kan.

    ReplyDelete
  8. kuih merah tuh selalu panggil kuih cina hehe sedap..

    ReplyDelete
  9. Kalau di sini kuih merah tu dipanggi ang kukui... Selalu ada di Season tau kalau kat tempat kakak sini.

    ReplyDelete
  10. Baru tau tentang kuih merah tu. Sebelum tak pernah jumpa lagi. Rupanya (lepas baca komen) macam ni lah kuih cina yer.

    ReplyDelete
  11. Alamak...kecur plak airliur..hehhehehehe

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum mia...nampak sedap jer...:)

    ReplyDelete
  13. Memang merah saja yg ada..? warna hijau macam biasa nampak tapi tak taulah sama ke tak tp intinya inti kelapa parut..nama pon taktau!

    ReplyDelete
  14. Rindu nak balik kampung jadinya. Hehe

    ReplyDelete
  15. Macam kuih Koci yek ...cuma inti lain dengan tak dibungkus....

    ReplyDelete
  16. kuih koci kalau ndak silap..tapi versi lain lah..
    aduiii...pais jagung....rindu sudah mau makan tu kuih...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang