Skip to main content

Jeruk Betik

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Sabtu yang lalu tekak tetiba nak makan jeruk betik.........punyalah lama tak makan jeruk ni, eh eh eh apasal pulak ngidam makan jeruk betik ;p
jeng jeng jeng.....................................
apakah ??
aku ke yang teringin makan atau anak ????
hehehe
Memang anak pun yang ngidam........anak tekak ;p

Aku teringin nak makan jak, sebab lama dah tak makan jeruk ni. Bukannya pasal si Damia nak dapat adik lagi...
Ni jeruk feveret aku masa zaman sekolah rendah dulu.
Aku ingat lagi kat belakang sekolah kami tu ada seorang makcik yang jual jeruk ni. Jeruk ni best sangat, sedap, rangup, perisa dia semua seimbang, masam, manis, pedas..........terbayang jeruk tu sekarang ni, cam nak meleleh pulak air liur...
Lepas sekolah mesti singgah rumah makcik tu, dekat jak sebelah pagar sekolah jak pun. Harga jeruk sebungkus masa tu 10 sen jak. Murah kan, banyak lagi tu isinya.
Duit 10 sen masa tu khas untuk beli jeruk tu saja, sebab hari2 bapa bagi belanja pegi sekolah 30 sen.
Punyalah lahap makan jeruk betik tu, sampai air jeruk pun habis di hirup...hehe sedaplah katakan.

Sabtu tu memang aku ada beli jeruk betik tu, seringgit harganya pastu bungkusan pun kecik jak....
Rasa dia ok ok jak, tak sesedap jeruk betik makcik sekolah rendah tu...
Kat mana agaknya makcik tu sekarang ni ye.....



Image : Ni bukan jeruk yang aku beli sabtu tu, pinjam gambar dari en.Google

Comments

  1. Aku suka jeruk sengkuang. Yg ni pon feveret juga. Teringat masa jaman skolah. Slalu beli. Tapi skang ni tak blh makan asam byk sgt.

    ReplyDelete
  2. Rumah kakak sekarang pun ada juga Mia. Kakak beli masa ramadhan nak puasa. Jadi hidangan dgn biskut raya. Kakak beli di kedai jual biskut raya...

    Kecur bila tengok...

    ReplyDelete
  3. hehe..memang terliur pon...gulp...rasa dah kat lidah ni..ni nak kna carik nih..

    ReplyDelete
  4. Sedapnya mia jeruk betik .aku pun suka dr zaman budak2 hingga skrang..nak buat tak gheti sgt..huhuhuh

    ReplyDelete
  5. sedapnya tengok pic jeruk betik tu...
    sy suka jeruk mangga jak Mia.. :)

    ReplyDelete
  6. Jeruk betik ni ada yang orang buat tak sedap, ntah rasa tekak sakit semacam lepas makan.

    ReplyDelete
  7. Jemput follow segmen saya.

    http://penat-menaip.blogspot.com/2013/09/segmen-follow-me-by-salamah-ishak.html

    ReplyDelete
  8. sedap kan jeruk betik ni..
    tambah pulak yang rangup tu, bila gigit bunyi prappp :)

    ReplyDelete
  9. kecur air liur pulak tgk jeruk betik ni mia...

    ReplyDelete
  10. Kurang suka masam masam ni...laki OKje ye...dia suka...Tapi betik selalunya mak masak tumis je..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang