Skip to main content

Biar anak makan sendiri ?

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !

Yang mempunyai anak-anak sekitar 1-5 tahun mesti mengalami pengalaman yang sama. Kata orang biar anak-anak kecil ini makan sendiri, walaupun ada ibu bapa yang lebih suka menyuapkan anak mereka. Lebih cepat dan makanan pun tak bersepah. Semuanya selamat masuk si mulut anak. Ibu bapa pun gembira jak sebab perut anak kenyang dan tak payah nak kemaskan apa-apa sebab makanan tak bersepah. kan kan kan.... ;p

Tapi itu kalau anak-anak yang mempunyai selera makan yang kuat, kalau anak-anak yang takda selera makan dan mempunyai sifat berdikari yang amat tinggi cam anak aku tu si Damia. Payahnya nak suapkan dia. Siap berguling2 lagi kat atas lantai untuk tunjukkan gaya protes nak makan sendiri. Last-last terpaksa juga Uminya ni mengalah. Damia memang happy gilerlah bila bagi dia mangkuk makanan tu tapi abis makan Uminya ni yang tensen bersihkan semua makanan yang bersepah tu. Apa boleh buat kan, redha jaklah, yang penting dia makan....  



Damia lebih suka makan sila kat lantai daripada atas meja....samalah kami sekeluarga, makan memang bersila kat atas lantai. Lebih selesa dan suda terbiasa dari kecil lagi. Rasanya meja makan digunakan khas untuk hari2 tertentu sahaja....;p 

Comments

  1. Nak mengemas tu yang malas tu Mia...nape tak letak surat kahabar...senang buang je lepas tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak juga letak suratkhabar tp takut jd bahan eksperimen si Damia nanti. Tambah bersepah....hehe

      Delete
  2. Hihi.... aduhai Damia sayang... banyak yg jatuh atas lantai dari yg masuk mulut ye. Tapi puaslah dapat makan sendiri ye:)

    Kakak sekeluarga pun makan atas lantai - sunnah Mia jgn lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a kak lebih byk jatuh dr yg masuk dlm mulut. tp yg penting dia makan... :-)

      Delete
  3. Hahaha..semangat damia makan..satu baju haaa..janji abes dr pinggan yer (wpun masuk mulut kurang).
    kalau aku pun ajar anak makan sendiri mia, biar berdikari n jgn manja sgt..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg semangat Ummu... klu x di bagi abis berdengung telinga dengar jeritan si damia....huhu

      Delete
  4. hahaha sama macam anak buah anum

    ReplyDelete
  5. teringat masa kecik2 dulu cenggini jugak, besar hati makan nak suap sendiri...he he he...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah tu...br tahu perasaan mak masa tu tengo mknan semua bersepah...hehe

      Delete
  6. sama dgn anak bujang wina si Syakil tuh..belum pandai sangat makan sendiri tapi menangis melalak nak makan sendiri uhuhuu

    selera tu memang besar tapi lebih byk nasi bersepah drpd yang masuk mulut :)

    ReplyDelete
  7. Replies
    1. Mmg selera abis tu padahal bukan semua pun masuk mulut...huhu

      Delete
  8. hahahaha..best kan damia..sambil makan sambil berimaginasi..ank aku kalo x disuap x makan la jawabnya.hehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak ko nak manja2 tu agaknya...x lah ko penat kemas sepah tu kan...hehe

      Delete
  9. hihihi...Damia comot dlm comel.. biar lah kan makan sndiri..cepat nti pandai.. klu Pa'e masih mintak di suap...:)

    ReplyDelete
  10. kadang bagi anak mkn sendiri jugak, tapi klu nak anak betul2 kenyang mang kena suap, sebab masa makan tak main2...klu suap sendiri asik dok main kuis2 nasiklah...bila nak abis makan...

    ReplyDelete
  11. Smela mcm anak anak sy..lbih suka makan sendiri.tp kdg2 sy suapkan jugak sbb tak snggup tgk dorg mkn bersepah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa