Skip to main content

Di waktu hujan

Assalamualaikum

Tajuk cam jiwang tapi sebenarnya just mo bagitahu semalam kat KK sehari semalam hujan....jadi kami sekeluarga pun bercuti-cutian di rumahlah jawabnya :p....

Sebenarnya kalau stay di rumah di waktu hujan takda banyak aktiviti yang dapat dibuat...anak-anak seronok bermain sendiri....nak tengo tv tak best sebab bunyi hujan lebih kuat...nak kemas rumah mata asyik nak jadi kuyu jak, best membuta dalam cuaca sejuk camni...alasan semata-mata padahal malas ...hehe 


Tapi rasa macam tak berapa nak best pulak kalau asyik membuta jak...teringat kacang panggang yang hubby beli masa balik kampung hari tu....so ni lah aktiviti kami sekeluarga semalam...makan....


Kacang panggang import khas dari Kota Marudu....Kacang ni banyak di jual di gerai tepi jalan simpang menuju Kota Kinabalu - Kudat - Kota Marudu.....memang rangup dan sedap.....di goreng dalam pasir kata dorang....memang sangat di suggest beli kalau singgah di Kota Marudu

Waktu hujan makan kacang memang terbaeekkk, minum nescafe tariikkkk....


Malam pula aku masak sup ayam campur kentang, hujan2 best minum sup kan.....sup tidak menggunakan minyak langsung k....itu yang timbul tu minyak daripada ayam semulajadi.....hehe

Comments

  1. assalamualaikum..anak murid 283 lapor diri..sedapnya kak kacang tu tgk tv makan..aduh pekena plak teh tarik..

    ReplyDelete
  2. kacang rebus sabah jg yg sodap! huhuhuh

    ReplyDelete
  3. salam mia..mmg best ujan2 sejuk2 minum nescafe sambil makan kacang tuh...itu yg ko masak dengan pasir ker..rs cam mau cuba msk gitu jgk bah...

    ReplyDelete
  4. kacang besar mcm tu baru puas nak mkn ,tgk kacang & sup tu terus terliur..kikiki

    ReplyDelete
  5. Best yer tgk kacang dari kota marudu...besar-besarrr puas ye mkn....terliur tgk sup ayammm weeeeeeee

    ReplyDelete
  6. Disebabkan kacang panggang dlm instagram ko ni lah, ptg smalam aku beli kacang. Tapi bukan kacang panggang...kacang rebus...hehehe...

    ReplyDelete
  7. Kalau tempat kakak biasa yg goreng dgn pasir buah berangan Mia.
    Tak jumpa lagi kacang buat style macam tu di sini. Mesti sedap, rangup dan panas kan.

    ReplyDelete
  8. tgk dlm instagram mia aritu, terliur je rasa

    ReplyDelete
  9. Lama dah tak makan kacang cap tangan Mia...hehe
    Mmg jarang beli pun kecuali kalau ada Bezday party haha

    ReplyDelete
  10. SA dah lama x makan kacang..x leh langsung makan..berjerawat muka..tp sup tuh nampak sedap giler..

    ReplyDelete
  11. sedap jak tgk kacang tu.. dulu masa pigi Kota Marudu pula kami sibuk beli jagung yg di tepi jalan tu Mia.. sedap bah!..
    hujan2.. tidur best...haha

    ReplyDelete
  12. Memang... kalau ujan mood malas akan ada, best rileks2 jer layan alunan titisan ujan, tu extra bonus kalau dapat kacang panggang special tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang