Skip to main content

Damia masi demam...

Assalamualaikum.....
.
.
ni sambungan post tengah malam semalam.....Damia tiba2 demam....nasib baik dia dapat tido semalam lepas minum ubat...terpaksa tidokan Damia tak pakai baju, pakaikan dia pampers jek, sebab takut suhu dia naik balik masa sedang tido....
Tadi pagi dia bangun, terus minum susu sebotol.........cek suhu dia dalam 37.8'c...masih panas lagi....baba tolong2 lap2kan badannya dengan air.....
Terpaksa hantar dia ke nursery juga hari ni sebab saya tak boleh cuti dah (cuti tahunan dah abis...:-(, kalau sapa2 yang ada anak2 kecil mesti paham kenapa cuti cepat abis kan, huhu)...
bukan hubby tak pandai jaga, tapi dia kalau budak sekecil Damia susah sikit....dia tak pandai mandikan dan suap bubur....emmm setakat tukar pampers, buatkan susu dan basuh o o tu dia tahu, yang lain dia surrender.....
Masa hantar Damia di nursery tadi, pesan kat cikgunya selalu cek suhu dan telepon kalau demam dia tinggi.....emmmm sepanjang perjalanan pegi tempat keja terpikir pasal Damia jek, risau takut suhu dia naik lagi....satu hari ni mesti tak senang keja lah nampaknya....
Mood : ingat Damia.....mudah2an dia ok......sayang Umi...

Comments

  1. Salam.. kalau demam kuat camtu baik cuti jaga anak.. bahaya tu.. nursery tu nak jaga bukan anak kita sorang.. lagipun anak lebih penting kan.. lupakan kerja dulu.. mc pun bole..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fandyz - sebenarnya risau juga antar dia di nursery tp skg nursery dia jaga 2 org baby jek so ok sikit. lgpun org yg jaga dia tu mmg dah jaga semua anak2 saya dr kecil...mmg percaya dgn dia...klu nursery yg biasa2 sja mmg konpem x keja hari ni....:-)

      Delete
  2. seeloknya mandikan dia biar panas badan dia turun dengan air mandi tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. NM02 - dah suruh nursery mandikan dia tadi....:-)

      Delete
  3. Mmg tak tenang nak keja kalo anak sakit.Sabar lah yer.Hopefully dia ok.Just call byk kali kat nursery.At least,dorg leh alert.InsyaAllah,ubat demam tu bolehlah bertahan beberapa jam.Doa byk2 jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rafhani - itulah mmg tak tenang...tp br call nursery tadi, damia ok dah..suhu pun dah turun....lega hati ni sikit...

      Delete
  4. Moga Damia cepat sembuh...
    Rajin2 basah kan kain, lap2 badan dia ya Mia...

    ReplyDelete
  5. Atie - tima kasi....sekarang suhunya dah ok sikit.. :-)

    ReplyDelete
  6. Siannya damia. Kalau anak demam memang sgt risau. Nak2 bila cuti kita dah habis. Semoga damia cpt sembuh.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a