Skip to main content

Cuti 3 Hari

Assalamualaikum....
.
Baru hari ni dapat post cerita yang baru.....bukan malas tapi 3 hari cuti yang lalu amatlah padat program bersama2 dengan family (kononlah)....Hari pertama cuti, 15hb tu...awal pagi lagi suda keluar rumah dengan hubby dan anak2....mau breakfast di luar, roti telor yang enak dan rangup sana Restoran Maimunah di Jalan Segama, KK...sapa2 yang tinggal di KK, boleh pergi ke sini kalau mo menikmati roti telor yang sedap....kedai dia satu baris dengan kedai buku Taiyang tu....emmm enak tidak terkata, makan dengan teh tarik lagi tu....hubby sampai order 2 roti canai (macam mana mo diet kalau begini ni)...lepas breakfast round2 KK, beli barang2 dapur sikit....petang pegi ke rumah mentua pula sebab hubby dapat call mamanya sakit...tekanan darahnya tinggi balik....so malam tu kami tidur rumah mama hubby...sempat lagi ni balik rumah sekejap masakkan dia bubur ayam (mo jadi menantu mithali ???)...
.
Hari kedua cuti, 16hb sempena Hari Malaysia, bawa anak2 pegi Zoo....di Kota Kinabalu ni lokasi zoo ada di Lok Kawi, Jalan Papar tu....nama tempat tu Lok Kawi Wildlife Park (kalau tidak silaplah)...ini kali ke 5 pergi ke sini....tapi kali ni first time bawa Baby Damia tengo burung2 dan binatang....ngam2 pegi tu ada persembahan haiwan...anak2 punyalah excited tengo lebih2 lagi Baby Damia..ketawa2 dia tengo gelagat burung kakak tua tu...masa persembahan adalah seekor ular sawa yang agak besar di bawa masuk...so tamat persembahan penonton di jemput untuk tengo dengan lebih dekat atau pegang ular tu...sya pun dengan berlagak berani mo test ni sentuh ular...ingatkan mo genggam jak badan ular tu tapi bila jari telunjuk jak tersentuh badan ular tu rasa macam badan terkena karan lah pulak...hehehe geliiiiinya.....lembik jak badan ular tu....tapi sumpah lepas ni tidak mo sentuh suda...geliiiiiii anak2 lelaki sya yang dua orang tu bukan main lagi....siok jak diorang picit2 badan ular tu.....
Balik dari Zoo...petangnya pergi ke rumah adik ipar pulak...sana Tamparuli....keluarga mentua pun ikut sekali so kami sama2 konvoi lah pergi ke sana...kira2 sampai sana mo panggang2 ikan lah konon...siap beli 2 kilo ikan 'uji rashid' lagi tu sebelum gerak pegi sana...sampai di rumah adik ipar, arang basahlah pulak....api tidak boleh hidup....last2 makan sajalah apa yang ada...nasib baik adik ipar suda siapkan makanan yang lain sebelum kami sampai...
.
Hari ketiga cuti.....bangun pagi masih di rumah adik ipar, Tamparuli hujanlah pulak...so stay sana rumah sambil breakfast beramai2..adik ipar tinggal di Flat Guru sebab wife dia cikgu sekolah menengah...so depan flat mesti ada padang sekolah kan...berhenti saja hujan, hubby bawa Shumi dan Shamzi main bola di padang....bukan main seronok lagi diaorang....berlari2 macam tidak pernah nampak padang yang begitu luas...Shumi siap berguling2 lagi di padang ala2 macam filem hindustan tu....kesian pulak tengo anak2 begitu seronok sebab selama ni terperuk di rumah saja (masa terhad mo bawa anak2 pegi berjalan)....lebih kurang jam 10 gitu kami bergerak pulang ke KK sudah....walaupun penat tapi puas hati lebih2 lagi dapat tengo muka anak2 gembira.....

Comments

  1. Padat aktiviti dihari cuti yer ☺☺

    ReplyDelete
  2. Ya...cuti jak ada masa dengan family...jadi mesti dimanfaatkan betul2 (^_^)

    ReplyDelete
  3. Banyak betul aktiviti.Seronok kan?Kami pakat duk rumah ajer tp masih seronok sbb buat aktiviti sekeluarga sama sama.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Oriental Treasures, A Mid-Autumn Delicacy

Hilton hotels in Malaysia launched its national mooncake series, Oriental Treasures, with an enticing array of traditional baked varieties of classic and modern flavours - a celebration of culinary craftsmanship, fine quality and exquisite flavours. To top it as a festive centrepiece, this year’s national mooncake box design pays homage to the core of Chinese heritage.  Embellished in imperial red, the premium square box features a noble pair of red-crowned cranes amongst sacred clouds. Characteristically celestial, the golden full moon illuminates the scene, much like the celebrated baked mooncakes during Mid-Autumn festivities. The ornate die-cut window pane, inspired by the moon windows of Oriental architecture, offers a peek to the individual matte-finishing gold and red receptacles housing its respective mooncakes. As reunions and rituals take a different form this year, the mooncakes serve as a reminder to go back to basics. Eugene Oelofse, National Marketing Communications Direc