Skip to main content

Kerajaan atau Swasta...........atau Sdn Bhd

Entri ditulis khusus untuk adik2 yang bakal menempuh alam pekerjaan.....bukan untuk menbanding-bandingkan hanya ingin berkongsi sedikit pengalaman...mana tau boleh dapat serba sedikit tip dalam memilih pekerjaan...............

^

^

Tamat sahaja belajar...tidak kira tahap SPM ke, STPM ke atau pun IJAZAH.....mesti orang2 di sekeliling kita terutamanya saudara mara (yang amat prihatin aka suka jaga tepi kain orang) akan bertanyakan soalan, kerja di mana sekarang?? apa kerja kau??......(soalan wajib ni)...kalau kita jawab, dapat kerja government...dapat jadi pembantu tadbir.....bah baguslah bah tu dapat kerja kerajaan sambil ketawa2.....itu baru jadi pembantu tadbir aka kerani cuba kalu jawapan kita >>jadi pegawai...reaksi orang yang bertanya tadi ->kembang kempis hidung tanda bangga (anak buah aku jadi pegawai) sambil seolah2 macam kita mahu di lambung2 dan di laungkan satu kampung ...anak buah aku jadi pegawai!!!!!!.......tapi lain pula reaksinya kalau jawapan kita.....kerja swasta jadi officer (pegawai juga)......reaksi orang yang bertanya, sambil berkerut sedikit dahi bertanya lagi, company apa? kita menjawab, company ABC (contoh saja).....orang bertanya menjawab sambil mengangguk2 sedikt kepala, ooo company tu (pura2 tahu padahal tida2 pun pernah dengar nama company tu), bah baguslah bah daripada tida kerja kan......(bikin panas punya jawapan)

^

^

oooppsss....jangan buat kesimpulan dulu....situasi begitu sudah biasa kita alami....bukan hendak mengatakan kerja dalam sektor kerajaan sangat bagus dan juga bukan ingin memburukkan orang yang berkerja di sektor swasta...masing2 punya kelebihan dan kekurangan sendiri....memang tidak dapat di nafikan banyak kemudahan yang kita perolehi jika bekerja dalam sektor kerajaan, elaun yang banyak (sara dirilah, elaun rumahlah, elaun hidup susahlah, banyak lagilah), kemudahan pinjaman bank terutamanya jika ingin membuat pinjaman perumahan, masa bekerja yang fleksible (kalau datang kerja awal boleh balik awal, 4.30 ptg boleh balik rumah suda), cuti tahunan yang banyak, dan jarang2 di kenakan cukai pendapatan (ini kepada siapa2 yang berkerja di Lembaga Hasil tu sila betulkan kalau tersilap yek)......kenapa saya katakan jarang2 di kenakan cukai ; contoh Gred 41 (pegawailah tu) gaji asas adalah dalam RM 1900.00 + elaun2 = adalah dalam RM 3,000.00. Kalau di tengo tahap gaji ni macam suda kena cukai pendapatan (Gaji RM 2,500 ke atas selalunya suda di kenakan cukai pendapatan) tetapi tidak kena bah..sebab gaji asas cuma RM 1,900.00 ( padahal kalau campur2 elaun suda mo dekat 3000) nda kah siuknya tu.....tidak macam sektor Swasta....mana ada elaun2 ni jadi gaji yang di terima bulat2, kalau ngam2 gaji RM 2,500.00 suda kena cukai sebab itulah gaji asas....isk isk kalau di teliti macam tidak ngam sajakan RM 2,500 kena cukai, RM 3,000 tidak kena cukai.........tapi apa2hal pun itu salah satu keistimewaan kerja di sektor kerajaan....tapi jangan lupa kerja di sektor Swasta juga ada kelebihan sendiri......ini merujuk kepada company2 besar saja....yang suda establish bilang orang.....masa kerja hampir sama dengan kerajaan juga...5 hari seminggu....tahap gaji juga di tentukan berdasarkan kelayakan yang ada...walaupun d sektor swasta dia cuma kerja kerani sahaja tetapi mempunyai Ijazah...gaji tetap berdasarkan Ijazah sama seperti Gred 41 dalam sektor kerajaan....BONUS?? paham2 sajalah bagi berkerja di swasta...hampir setiap tahun dapat.....(tetapi ikut jugalah keuntungan syarikat tersebut...tetapi jaranglah kita dengar syarikat yang besar2 ni mengalami kerugian melainkan ada masalah dalaman.....) BONUS pula terbahagi kepada 2...Bonus keuntungan dan Bonus tetap...Bonus keuntungan macam biasa ikut keuntungan bersih syarikat...manakala Bonus tetap apa yang telah di minta oleh Persatuan Pekerja syarikat tersebut....jadi confirm dapat setiap tahun la tu....tetapi bukannya sektor kerajaan tidak ada kemudahan BONUS ni...ada tetapi tidak setiap tahun.....sudah kita sedia maklum kerajaan bukan berasaskan kepada keuntungan...tengo kalau negara dapat pendapatan lebih adalah Bonus untuk kakitangannya......

^

^

Kesimpulannya, masing2 ada kelebihan dan kekurangannya sendiri.....kerja sektor kerajaan ke atau sektor swasta sama sahaja..tiada apa2 beza pun yang penting rezeki yang kita dapat tu HALAL dan BERKAT.......bagi mereka yang tidak mahu untuk memohon kerja dalam dua2 sektor tu tidak mengapa....ada satu 'sektor' lagi yang boleh dijadikan sebagai kerjaya tetap....sektor SDN BHD aka bekerja sendiri.....kita jadi boss kita juga jadi kuli.....untung kita makan seorang2, rugi paham2lah tanggung sendiri (adat berniaga ada untung ada rugi)....mana tahu daripada perniagaan kecil2an yang kita usahakan itu menjadi sebuah syarikat yang besar dan terkenal......dan membuka peluang pekerjaan kepada generasi masa depan yang berminat bekerja di sektor swasta....(oopss macam berpusing2 saja kan)......
^
^
p/s : saja nak kongsi pengalaman sendiri.....(^_^)

Comments

  1. betul tu sal..dua2 ada pros and cons..mcm government semenjak saya masuk thn lalu nda da la dapat bonus gaji 1/2 bulan..mana2 kita kerja pun syukur la kita ada pendapatan. Memang orang sekeliling, mcm yg diorang jelas hanya kerja kerajaan saja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a