Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!
Hari sabtu tu kita orang satu opis pegi ke Rumah Kebajikan Sabah Cheshire Home. Ni sempena Regional Day company tempat aku bekerja ni. Regional Day maksudnya hari sukarelawan iaitu pegi ke pusat atau rumah2 kebajikan, melawat dan bantu apa yang patut.
So jam 9.00 pagi tu berkumpul untuk breakfast dulu, kemudian dalam jam 10.00 gerak ke Rumah Kebajikan Sabah Cheshire Home.
Rumah kebajikan ni menempatkan golongan OKU yang tidak berkemampuan. Ada yang memang cacat sejak dilahirkan dan ada yang dahulunya normal tetapi cacat selepas ditimpa kemalangan.
Antara rakan sekerja aku.
Antara penghuni rumah kebajikan ni. Golongan OKU dengan pelbagai jenis kecacatan seperti Cerebral Palsy, Learning Disability, buta, Down Syndrome, Physical Disability dan Autism.
Di sana kita orang adakan acara permainan yang simple dengan penghuni2 rumah kebajikan, mengecat dinding dan juga makan tengahari bersama-sama.
Aku sempat juga bercerita dengan dua orang penghuni rumah kebajikan ni. Kedua-dua mereka dahulunya normal tetapi akibat daripada kemalangan, mereka telah hilang upaya untuk berjalan.
Seorang pakcik ni merupakan seorang pekerja teknikal kapal terbang. Beliau terjatuh dari tempat yang tinggi semasa sedang membaiki enjin kapal terbang. 10 bulan beliau koma dan apabila sedar dia dah lumpuh separuh badan.
Seorang lagi baru berumur 22 tahun. Dia baru sahaja menghuni rumah kebajikan ni tahun lalu. Bercerita tentang pengalamannya, dia terbabit dengan kemalangan semasa sedang berbasikal di kawasan kampungnya.
Dia sedar2 sudah terbaring di tepi jalan dan merasa separuh badannya sangat sakit. Katanya kejadian berlaku pada malam hari dan orang ramai hanya menjumpainya pada jam 6.30 keesokkan paginya.
Hampir 4 bulan juga dia di hospital dan doktor sahkan dia lumpuh akibat tulang belakangnya patah. Dia bersyukur sebab dapat hidup lagi dan sangat menyesalinya perbuatannya yang lalu.
Katanya dulu dia seorang budak yang suka berpeleseran, bercampur dengan budak-budak nakal. Katanya ini mungkin balasan Tuhan kepadanya.
Dia sempat lagi berpesan supaya aku didik anak2 dengan betul, jangan jadi sepertinya.
Bercerita dengan dorang membuatkan aku betul-betul bersyukur dengan hidup sekarang. Rasa sedih dan sebak juga melihat keadaan mereka. Ada juga yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh keluarga mereka. Kita hanya mampu bersimpati dan membantu apa yang patut.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.
*Sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan bolehlah hubungi Persatuan Rumah Amal Sabah di talian 088 438202 atau email ke schkk@tm.net.my
Tersentuh melihat dan mendengar keluhan dr pengalaman mereka kan mia..dugaan Allah yang amat besar tuk mrk ..bersyukurlah krn kita masih hidup sempurna..alhamdulillah,..
ReplyDeleteItu lah Ummu....mmg rasa sebak juga mendengar kisah dorang. Betul2 bersyukur dgn keadaan kita skg ni......
Deletesinggah isnin
ReplyDelete:D
DeleteBila dapat masuk ke rumah kebajikan macam ini hati raya sayu Mia. Kesyukuran akan berganda-ganda dgn limpahan yg kita dapat jika dibandingkan dgn mereka yg tinggal di sini.
ReplyDeleteBagus sykt Mia kerja ada inisiatif begini. Kakak puji dan bangga...
Betul kak.....kalau kita anggap kita susah sebenarnya ada lg yg kurang bernasib baik dr kita......sedih dan sebak tengok dorang kak.......
DeleteSedih membaca 2 kisah tu. Dari normal trus jadi lumpuh. Dugaan buat mereka.
ReplyDeleteSedih kan......bayangkan dari normal terus jd sebegitu. Besar dugaan yg mereka tempuhi kan.....
Deletekitew kalu pegi tmpt2 cenggini, senang nau mengalir air mata. moga mereka terus dilindungi...
ReplyDeleteBetul tu noks.....hari tu dengar dorg bercerita, aku tahan2 air mata...segan jugalah dorg nmpk aku nanges pulak......
Deletecik nor pn ada adik yg lumpuh separu badan tp dok kat umah jer...
ReplyDeleteOh ye ke......tapi adik Nor untung sebab ada kakak yg penyayang dan baik hati cam Nor :D
Deletesemoga mereka bahagia selalu....salam blogging.
ReplyDeleteDoakan yg terbaik utk dorg je kan.....
DeleteSalam blogging juga!
tersentuh....
ReplyDeletekan :-(
Deletesebak bila terbaca kisah2 begini kan Mia...ermm mau mengalir air mata ni klu tgk depan mata...apa pun moga mereka semua terpelihara....
ReplyDeleteBetul tu Atiey......tapi tu lah kan berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya ......
Deletesebak pula baca post ko ni mia..
ReplyDeleteSedih bah cath tengok keadaan dorang.... :-(
Deletesebak pula baca post ko ni mia..
ReplyDeleteseronok gak sekali sekala join camni...
ReplyDeletetouching......
ReplyDeleteTahniah u guys sebab buat aktiviti macam ni. Memang berkesan di hati kan bila leak dengan dorang ni.
ReplyDeleteBagus jugak company awak ada buat kerja amal yeh Mia
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!