Cerita kedai kopi # 2

Assalamualaikum

Hubby sekarang selalu ngadu, katanya kat sekolah dia ada sorg guru baru masuk....katanya ingatkan dapat meringankan sikitlah tugas2 guru pendidikan khas sebab kelas tu memang kekurangan guru.....
Lupa pula nak bagitahu hubby ni ajar murid2 dalam kategori pendidikan khas, contoh mcm sindrom down, lambat dlm menerima pembelajaran, autisme, disleksia.....


Memang mencabar sebenarnya mengajar murid2 dalam kategori ni..
Ok berbalik kepada cikgu baru masuk tu, kata hubby kejanya asyik nak cari kesalahan cikgu2 lain lepas tu ngadu kat guru besar....
Kelasnya sendiri tak terurus tapi sibuk ambil tahu hal org lain....kata hubby bukan dia sorang saja yang perasan tapi cikgu2 lain pun sama....yang peliknya penolong kanan sekolah tu terima bulat2 jak aduan cikgu baru tu tanpa usul periksa....hingga satu tahap teruk hubby dan cikgu2 yang lain dah isi borang mohon pindah sekolah....isk isk isk orang camni pun ada...

Tapi kalau ikut pengalaman aku setiap tempat keja mesti ada sorang yang jenis camni......konon-kononnya dialah pandai dalam segala2nya, lepas tu sibuk nak cari salah orang supaya dapat ngadu kat boss.....aku rasa dia orang paling gembira bila orang yang diadukan tu dimarah oleh boss....
Kat tempat aku pun ada sorang jenis camni.....bukan aku saja sedar malahan HR pun tahu sikapnya yang suka mengadu tetapi dia sendiri tidak mahu buat apa2 keja......yang herannya boss kat opis aku ni macam sengaja tutup mata tutup telinga.....kawan aku yang kesian, selalu jadi mangsa buli dia, tapi still boss aku masih menangkan dia.....

emmmm aku memang sebenarnya tak tahan dengan sikap dia tapi memandangkan company ni bukan bapa dia yang punya, sama2 makan gaji di sini, cari rezeki di sini, aku bertahan jugalah hingga ke hari ni...dah dekat 8 tahun aku keja sini tau dan hari2 terpaksa menghadap dan berdepan dengan sikap dia...tolak hujung minggu dan cuti2 amlah..hehe

Rasa-rasanya semua tempat pun ada kan jenis orang yang macam ni...tak baik tau semata-mata nak upkan diri sendiri dengan cara menutup periuk rezeki orang...ko dapat hasilnya pun tak berkat....Semoga kita dijauhkan daripada sifat2 sebegitu....


Ok sambung minum kopi !

10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. salam mia..
    biasanya kat mana2 opis kaki bodek bos nie mesti ade...spt kata hang dialah yg paling tak produktif dr segi kerja tp dari segi mulut mmg produktif sgt...:)

    ReplyDelete
  2. salam khamis
    singgah sini
    dah sarapan

    ReplyDelete
  3. Kat mana2 pon ada jer manusia mcm ni...menci aku.

    ReplyDelete
  4. kat mana2 office pun, organization pun ...office politik tetap ada... sama ada mild atau outrageous jer level dia Mia... yang penting kita buat kerja kita, jangan sampai dia tabur pasir dalam periuk nasik kita sudahlah...if we detect so... pandai2lah kita cari langkah pencegahan... sikap manusia...suka menunding jari pada orang tanpa cermin diri sendiri...lumrah dan fitrah la tu...

    ReplyDelete
  5. Paling menyampah bah klu org main bodek ni..bikin susah org lain kan? kadang2 kita ni jadi ndak ada peluang mo naik gara2 kaki bodek ni..sabar jak lah kan:)

    ReplyDelete
  6. OW,HUBBY MIA CIKGU PENDIDIKAN KHAS RUPANYA..
    BUI PULAK PPM..BANTU GURU2 JAGA BUDAK2 KHAS NI
    KENA BYK BERSABAR DGN KARENAH MEREKA..

    ReplyDelete
  7. Sesungguhnya manusia yg suka mengadu-domba akan mendapat balasan siksa api neraka. tak takut ke? Hati-hatilah berdepan manusia seperti ini... takut juga kan.

    ReplyDelete
  8. Harap harap sedarlah dia lepas ni Mia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post