Skip to main content

Jalan Sesak...apa sebabnya??

Assalamualaikum.....
*
*
Hari ni hujan lagi di KK...rasanya macam mo seminggu sudah hujan....bangun pagi sejuk jak rasanya, terasa malas mo bangun pegi kerja....anak2 pun siok jak tido....kesian pula mo bangunkan dia orang pegi sekolah......
Tapi actually sebenarnya bukan mo cerita pasal ni....hari ni keluar jak dari gate apartment, punyalah panjang barisan keta dan sangatlah slow pergerakkannya....konpem hari ni mesti lambat pegi kerja....selalu pegi kerja keluar jam 7 pagi sebab mo hantar Damia di nursery lagi....dalam jam 7.45 gitu sampailah di opis...masa keja start jam 8.30 jadi sempatlah pegi breakfast dulu....tapi tadi jam dekat 7.20 suda tapi bumbung apartment saya tu masih nampak lagi...ertinya keta gerak perlahan betul....mesti ada accident depan ni...kalau tidak pun lampu isyarat rosak...ataupun keta depan suka2 hati jalan perlahan....jeling jam di dashboard lagi...alamak sudah dekat pukul 7.30.....abislah mo bagi alasan apa kalau lambat pegi keja ni....nasib baik Damia duduk diam2 jak di baby seat, kalau dia buat perangai tengah2 jammed ni abislah bertambah kepanikanku....
*
Setelah menunggu dengan kesabaran, rasanya keta mula bergerak dengan lancar....nun jauh di depan sana nampak towing car sedang menunda sebuah keta Myvi kaler putih.....ooohh patutlah sesak rupa-rupanya ada accident di awal2 pagi ni....teruk jugalah keta tu sebab belakang dia kemek habis, cermin abis pecah, harap2 semua yang terlibat dengan kemalangan tu selamat....
*
Tapi kan semua mesti perasan kan, kalau accident saja mesti jalan sesak, kalau sesak saja mesti ada accident....memang betul kalau dah keta tu melintang di tengah jalan mestilah jalan sesak sebab menghalang lalu lintas tapi kalau keta yang accident tu berada di tepi jalan tapi masi sesak apa kes tu....sebab apa ?? orang2 kita ni amatlah prihatin sangat.....mesti perlahankan keta tengo apa yang berlaku.....memang kalau dilihat dari sudut yang lain tidak salah pun, manalah tahu kan orang yang accident tu memerlukan pertolongan, tapi dari yang sudut lain sebenarnya ianya menyusahkan orang lain.....manakan tidak...sudah nampak keta polis dan ambulan di tempat kejadian tapi masih juga perlahankan keta, jenguk kepala mo tengo apa yang berlaku.....keta dibelakang terpaksa perlahankan keta demi melayan pe'el orang di depan.....cukuplah kita mendoakan keselamatan orang2 yang terlibat tu daripada membusykan body yang menyusahkan orang lain pula....
*
*
Kesimpulannya.....pandai-pandailah simpul sendiri ye (^_____*)....  

Comments

  1. kaki tgh simpul urat ni... auchhh

    ReplyDelete
  2. selalu mmg gitulah. pemandu kt Malaysia ni terlebih prihatin. kalau nak membantu tu xde masalah, tp jgnlah sampai sesakkan keadaan lg. huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. biasalah..org malaysia nie 'terlebih prihatin' eheheeee

    ReplyDelete
  4. NM02 & Anum - hehe ;p

    Sue & Wina - betul2...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang