Ephyra....terbukti berkesan

Assalamualaikum

Aku kenal Ephyra ni bila terbaca blog rakan-rakan. Rata-rata kesemuanya menyuarakan rasa puas hati setelah mengamalkan produk Ephyra. Bila terbaca testimoni2 dengan hasil yang memuaskan, aku teringin jug untuk mencubanya....bukan apa, kulit wajah aku sebenarnya agak kusam. selama ni ambik gambar guna bantuan 360 tu kihkihkih. Walaupun aku tak berapa mengalami masalah jerawat yang teruk tetapi bila jerawat mula tumbuh terutamanya di bahagian pipi, ianya meninggalkan bekas yang agak ketara. 
Nak nak lagi bila nak dekat period, mesti timbul sebiji dua di pipi. Besar pulak tu huhu

Aku pula mempunyai kulit yang agak sensitif, tidak boleh menggunakan produk kulit sebarangan. Silap pakai mesti jerawat bertubi-tubi akan muncul dan paling teruk bernanah. Lepas tu susahlah nak hilangkan bekas-bekas jerawat tu semua. Hinggalah aku terbaca testimoni pengguna Ephyra ni. Apa salahnya aku mencuba kan. Mulalah aku kononnya survey harga Ephyra ni. Harganya lebih kurang sama dengan produk saingannya yang lain. Ok juga kan.

Sehinggalah, agaknya rezeki aku terpilih sebagai seorang pemenang dalam Giveaway Ephyra Untuk Cantik Sihat dan Bertenaga yang telah dianjurkan oleh blogger Mialiana. Dapat sekotak Ephyra dan juga sehelai T-Shirt dari Ephyra. 
Dapat sahaja Sekotak Ephyra hari tu, aku terus mengamalkan sehari 2 kali iaitu di waktu pagi dan juga malam sebelum tidur. Sebenarnya boleh juga minum sehari sekali tetapi jika ingin mendapatkan hasil yang lebih cepat, minum 2 kali sehari disamping minum air kosong yang secukupnya. 

Gambar sikit dengan Ephyra dan t-shirt

Dan setelah hampir 2 minggu minum Ephyra ni, aku boleh melihat tanda-tanda perubahan pada kulit wajah aku. Nampak lebih cerah (kawan satu office pun tegur, kulit cerah berbanding sebelum ni) dan parut-parut serta bintik-bintik hitam di pipi mula pudar dan berkurangan. 


Nampak lebih cerah dan ceria kan. :D


Aku close up kan sikit terutamanya di bahagian pipi tu.  Nampak tak perubahannya. Parut jerawat dan juga bintik-bintik hitam semakin berkurangan. 


Ephyra ni, selain membantu masalah jerawat dan kulit kusam aku, ianya juga membuatkan aku lebih ceria dan bertenaga. Maklumlah dah masuk umur 30-an ni, tenaga makin kurang. Tak seaktif zaman muda belia dahulu, 20-an lah tu. Lebih-lebih lagi aku dah mempunyai 3 orang anak dan juga seorang ibu yang berkerjaya. cehhh kerjaya gitu. Penatnya....korang sendiri boleh bayangkan kan.....
Tapi bila aku mula mengamalkan Ephyra ni, waktu malam aku seakan ada tenaga sampingan untuk habiskan kerja-kerja di rumah seperti membasuh baju dan masak untuk suami dan anak-anak. Sebelum ni Selalunya balik kerja mesti dah flat.....silap sikit boleh tertidur kepenatan. 

Satu lagi kesan yang aku perolehi selepas mengamalkan Ephyra ni, aku lebih teratur pergi ke tandas. Sebelum ni 2 3 hari baru aku membuang apa yang patut, tetapi sekarang hampir setiap hari aku ke tandas. Rasanya ianya telah membantu melancarkan sistem pelawasan aku. 

Banyak lagi rasanya kebaikan Ephyra ni tetapi 3 kesan ni yang aku rasakan setelah mengambil produk bermutu ni. In sha Allah, selepas ni aku akan teruskan pengambilan Ephyra ni :)



Bagi sesiapa yang berminat untuk mencuba produk Ephyra ni, boleh berhubung dengan mereka di 

Call / Whatsapp HOTLINE : 019 3999238 / 03 41417889








7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. betul lah, mmg nampak ketara perbezaan tu... ramai yg kata ephira ni berkesan...
    Btw, selamat Hari raya buat Mia sekeluarga... Maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    ada hasilnya kan
    bila kita ambik satu produk tu mesti nak kan kepuasan
    ephyra mmg akan mmbri kita kepuasan setanding harganya..

    smoga berjaya kak :D

    ReplyDelete
  3. GOOD LUCK YEE :)

    Syiera dari giveaway sama
    http://sayasyiera.blogspot.com/2014/07/review-selepas-30-hari-ephyra-ternyata.html

    ReplyDelete
  4. Hi all!
    Berminat nak mencuba Ephyra?

    Beli Ephyra dengan HARGA PROMO (Muraaaahhh sangatt!!) Beli 2 atau lebih lagi murah!! Contact saya untuk info lanjut, confirm terkejut sebab HARGA BEST sgt!

    Yours truly,
    Izza (Pengedar Sah Ephyra)
    0192198619
    izza_grrl@hotmail.com

    ReplyDelete
  5. Salam, terima kasih kerana sudi menyiapkan entri review Ephyra sendiri.

    Keputusan pemenang akan diumumkan pada hari Jumaat 15 Ogos 2014 (telah dipinda atas permintaan Puan Amiza)

    Good luck ya... (^_^)

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Tahniah ya... (^_^)

    http://www.mialiana.com/2014/08/pengumuman-pemenang-fasa-kedua-giveaway.html

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post