Nissan Appreciation Program

Assalamualaikum

Sabtu yang lepas, kami sekeluarga dapat jemputan dari pihak Nissan untuk menghadiri Nissan Appreciation Program iaitu majlis untuk menghargai para pelanggannya.....acara mula jam 10.00 pagi hingga 1.00 petang bertempat di Nissan Showroom, Tan Chong, Jalan Inanam, Kota Kinabalu. Ada games, ada sedikit ceramah tentang kereta, ada tayangan movie untuk anak-anak, lucky draw dan acara wajib iaitu makan-makan...hehe


Sekitar majlis hari tu...




Games yang diadakan pada hari tu, Limbo rocks dan Hit & Runs...dalam gambar tu salah satu peserta yang paling sporting, biarpun 2 3 kali dia terjatuh masa games Limbo rocks tu....selain games untuk orang dewasa, ada pertandingan mencipta binatang daripada plastesin (betul ke aku eja ni, cam lain jak). Shumi ada ikut serta dan hasilnya sangat kalerful binatang2 dia...hehe. Menang saguhati jak, hadiah cekelat. Shamzi masa ni tak berapa sihat, sakit perut so dia tonton movie jak lah.  



Damia masa ni yang paling aktif. Terkejar2 Uminya tau......dan banyak2 benda yang ada kat situ, belon deco ni juga yang jadi pilihannya. Berabis ni dia mo cabut belon deco tu.





Ok tu jak TaTa.....sebelum terlupa, Selamat Menyambut Hari Wanita Kebangsaan yang diadakan semalam. Respect Wanita !!!

8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Meriah juga acara nya Mia..Damia lah paling semnagat kan?...hihi..
    Happy Women's Day...:)

    ReplyDelete
  2. dak kecik mmg pantang tgk belon..hehe

    ReplyDelete
  3. kalau anak sue pon mmg belon tu jugak jadi perhatian utamanya..

    ReplyDelete
  4. Agaknya Nissan ni buat se Malaysia kot Mia sebab jiran tu baru beli almeera dan Nissan sini pun ada buat Open house jugaklah

    ReplyDelete
  5. Biasalah Mia, kalau dah nama budak belon tu macam satu yg paling best.
    Baguslah Nissan di sana boleh buat gathering macam ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post